Packing mood!

Cuti panjang sudah bermula.
Seperti rutin tahun sebelum² ni, hujung tahun mesti pergi holiday!

Mood holiday pun sudah tahap melonjak-melonjak. Wohhhhhoooo!!!

Excited sebenarnya. Tapi dalam excited² ada juga part yang boring.
Boring sangat when i should pack all my stuff masuk dalam luggage.
Arghhh, rasa macam semua mahu angkut.
Tapi dengan masa yang makin hampir, nda boleh malas².

Demi mudahkan tugas, mood rajin sedikit pun tiba.
List down apa yang perlu dibawa, tulis, tulis, tulis dan tulis....
Alamak, melebih-lebih aku punya checklist ni.
Aku mahu pergi holiday bukan pindah rumah X_x

Potong yang mana tidak penting. Buat berat luggage ja nanti.
Read more

Kisah Aidiladha

Salam Aidiladha. Alhamdulillah, dapat lagi menikmati anugerah Allah swt kali ini. Syukur.

Seperti kelaziman bila Aidiladha, korban mesti ada dilakukan. Untuk orang dewasa, mestilah tugas-tugas menyembelih, melapah kulit, memotong daging etc. Untuk kanak-kanak, berlari berkejaran dengan perasaan gumbira teramat kerana dapat melihat dengan mata sendiri orang sembelih binatang. Dalam kesibukan orang bergotong-royong dan bersiap sedia untuk menyembelih, kedengaran suara kanak-kanak...

Kanak-kanak 1 : Cepat kamu cepat, mahu kena potong sudah kepalanya!
Kanak-kanak 2 : Mana? Mana? Mana? Tepi ko bah, aku nda nampak... Eh, kepala apa mahu kena potong tu?
Kanak-kanak 1 : Kepala kuda!

Pakcik yang memegang kaki kerbau sangat hairan, "Hah? Kuda?" lalu memandang ke arah pakcik yang sedang memegang parang ataupun si penyembelih. Pakcik itu terpaksa menghentikan bacaan doanya. Terganggu, kerana cucunya tidak kenal kerbau. Suasana menjadi riuh seketika. Geli hati dengan gelagat kanak-kanak tadi. Selepas keadaan reda, maka terkorbanlah kerbau itu.

P/S: Semoga para jemaah haji yang sedang melakukan ibadah di sana, dikurniakan kesihatan yang baik, dan mendapat haji yang mabrur. Semoga perjalanan pulang nanti sentiasa dilindungiNya. InsyaAllah, amin.
Read more

Spontaneous Thursday |5|

Nasihat kepada diri sendiri.

Sila berjimat!
Beli barang keperluan yang tertulis dalam checklist,
BUKAN barang kehendak diri yang ada dalam hati!
Ingatttttt!!!

Bah, baiklah...
X_x
Read more

Wordless Wednesday |6|

Read more

Tarikh itu...

Beberapa bulan, beberapa minggu lalu,
Tarikh itu tidak membawa apa-apa makna...
dan malam beberapa hari yang lalu,
Aku teringat kisah yang tidak seberapa dulu...dan aku teringat "tarikh itu".
Sekaligus rasa rindu itu datang tanpa dapat ku halang walau sedikit.
Ya, aku rindu.
"Cardigan and V-neck,
Guitar and acoustic,
KFC and McD icecream,
The Black Pearl and Jack Sparrow..."

Untuk mengenalimu apa kesukaanmu sekejap sahaja, dan untuk mengingatinya juga mudah,
Read more

BOTM Edisi Oktober: Nama Puraku.

Penyertaan BOTM kali pertama, 'tema' yang best untuk dikongsikan'. Thanks WSB!

Nama puraku O'yoie.
Macam weird kan bunyinya? Haha... Itulah O'yoie.

Bagaimana aku mendapat nama puraku lama sudah ku ketahui.
Terus terang tidak ada aku bertanya, tapi keluargaku dengan sendirinya menceritakan padaku.
Setelah aku mengetahui asal usul nama puraku, jujur aku sedikit malu pada ketika itu.
Serta merta menjadi bahan tawa adik beradikku.
Ah, mungkin pada usia kanak-kanak, aku agak tidak paham untuk bersikap "sporting".

O.Y.O.I.E... O'yoie...
dari mana asalnya?
Bukan daripada datukku, bukan jua daripada nenekku...
Tidak daripada arwah bapaku, tidak jua dari mamaku...
Juga sama sekali tidak daripada adik beradikku...
kerana cukup pasti...dan pasti...

Ketika melihat gambar ini, lalu bertanya kepada Mama.
O'yoie: Ma, kenapa pakaikan tudung hijau sedangkan bajuku pink? Nda ngam.
Mama: Dulu kau tidak secerewet hari ini.
O'yoie: Bah, baiklah X_x

Read more

Perangai Kita

Hari ini terasa sungguh penat. Sungguh letih.
Mungkin punca beberapa malam lalu. Tidur agak lewat dari kebiasaan.

Akibat sikap suka menangguh tugasan, akhirnya ia semakin membukit.
Terpaksa menggandakan usaha. Hanya berharap tugasan lebih cepat siap.
Kualiti hasil jatuh nombor dua.
Perangai kita.

70% sudah siap. Masih ada berbaki lagi.
Namun, tubuh perlu berehat. Hanya sebentar.
Tujuan untuk mengecas tenaga kembali.

Petang ini, suhu semakin rendah. Sejuk.
Read more

Spontaneous Thursday |4|

Dari tadi mengadap lappy ni...
Berfikir-fikir apa yang nak ditulis hari ni...

Tengok kiri, tengok kanan...
Buka facebook dekat tab sebelah...
Buka tumblr juga tab sebelah...
Ehmmm.......

Aha....
Ini pun spontan juga kan...?
:P
Read more

BUZZ!!!

YM- Yahoo Mesenger.

Sebelum famous-nya facebook masa belajar dulu, YM-lah medium terpenting di kalangan pelajar. Betul, sungguh!
Ada facebook, tapi apa-apa hal hanya YM jadi pilihan.
Tidak ada masa untuk mengumpul atau meminta nombor telefon kawan, apatah lagi untuk call atau sms. Sungguh menjimatkan topup :)
Tapi lebih sanggup bertukar-tukar ID. Habis satu course punya ID ada dalam list YM. List ID pun beratus. Paling penting, WAJIB add ketua kelas! Lepas add, sudah approved, kemudian mulalah ber'buzz'... haha.. Siok kan? :)

YM-lah segala-segalanya pada masa itu.
Berita ka, pengumuman ka, gosip ka, apa-apa sahaja boleh diketahui melalui YM.
Pengumuman paling-paling-dan-paling ditunggu bila ketua kelas naikkan status "Kelas sekian sekian dan sekian BATAL!" Hahaha... Mulalah semua naikkan status yang sama. Itulah kelebihannya ada ID ketua kelas.
Yang penting sanggup duduk online berjam-jam, ataupun tak payah tidur. Takut tertinggal berita baik.
Read more

Masih ingat lagi...?

 

Masih ingat lagikah....

Kawan kita tadika ketika umur 5 tahun?
Kawan baik kita sekolah rendah?
Cikgu paling garang?
Cikgu paling disayang?
Keputusan PMR?
Dimarahi ibu?
Ditegur bapa?
Keputusan SPM?
Keputusan STPM?
Read more

Bila rindu...

*Tajuk entry yang agak tidak tahan...haha...

Bila hati sudah rindu...

Ada yang kata, tatap gambarnya...
Ada yang kata, baca setiap "Short Message Service" nya...
Ada yang kata, pandang setiap hadiah pemberiannya...
Ada pula yang kata, sekarang  zaman Facebook...
Taipkan apa saja diruangan dinding muka bukunya, kemudian tekan butang "Share"...
Kan senang....

Aha, senanglah sangat kan..
Habis...
Macam mana mahu baca setiap "Short Message Service" nya... kalau nombor handphone pun takda??
Macam mana mahu pandang setiap hadiah pemberiannya...kalau tak pernah bagi apa-apa??
Macam mana mahu tinggalkan mesej di dinding muka bukunya...kalau friend request pun tak pernah nak approve??
Alahai, kesiannya...

Tak mengapalah...
Mungkin gambarnya ini sudah memadai...
...
...
Read more

Don't be jealous!

Andai perasaan cemburu ini boleh membinasakan diriku,
Aku memohon padaMu Ya Allah, ampuni diriku, jauhi aku dari perasaan ini...
Menebal sesalku bila cemburu ini mula menguasai diriku.


Andai perasaan cemburu ini membawa kebaikan padaku,
Memberi aku kekuatan untuk lebih positif,
Izinkan aku menawan cemburu ini..
Read more

Rezeki Kita


Mereka dilahirkan pada tahun yang sama, tapi...
Seorang dari keluarga sedikit berkemampuan, seorang lagi sangat sederhana,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka belajar dalam kelas yang sama ketika di sekolah, tapi...
Seorang sangat cemerlang, seorang lagi hanya cukup-cukup makan,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka calon-calon harapan SPM, sama-sama berjuang, tapi...
Seorang dapat masuk universiti, seorang lagi mula bekerja,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.
Read more

Semangat padanya...

Terubat rasa rindu ini bila bersua dengannya beberapa hari lalu. Pertemuan yang sering kami rancang tapi kerap kali tertangguh. Selepas setahun berlalu, dengan keizinanNya akhirnya kami bersua kembali. Ya, mungkin ada yang berpendapat setahun itu bukan tempoh yang lama. Tetapi setahun itulah telah merencanakan pelbagai cerita tentang dirinya, suka mahupun duka.

Tatkala mendengar suaranya memberi salam depan pintu rumahku, aku menyahut salam itu dengan nada penuh gembira dan jujur aku melompat bila melihat dia sudah berada didepan mataku. Ku peluk erat dirinya, ku rasa satu semangat sangat kuat dalam dirinya. Dinyatakannya rindunya padaku, aku jua begitu. Senyuman yang cukup manis bertambah manis apatah lagi kini dia memang semakin cantik. Katanya itu hanya kuasa calitan. Biasa-biasa sahaja. Tapi bagiku, dia tetap cantik lagi-lagi bila dia merendah diri.

Pertemuan yang hanya memakan masa 3 jam telah membuka satu cerita yang sangat mengejutkan. Sangat-sangat mengecewakan atau lebih membawa makna yang mendukakan. Mendengar kisah itu, aku lebih banyak mendiamkan diri. Dengan tidak langsung, telingaku sengaja ku pinjamkan padanya, dan hatiku menyelami sebaik-baik kisahnya. Hampir sahaja air mataku mengalir, tapi ku lihat dia masih tersenyum manis. Serta merta ku tahan air mata ku daripada mengalir.

Read more

Nenekku Comel

Nenekku sedang khusyuk menonton tv.
Drama kegemarannya.

Mamaku menyuruh aku untuk mengajak nenekku makan.
Patuh arahan mamaku, aku menghampiri nenekku.
Bersuara dengan nada biasa, dengan jarak tidak sampai semeter.

"Bu...(panggilan manja nenekku), mari makan..."

Nenekku menjawab, "Hrmmm...."
Fikiranku, dia masih belum mahu makan sebab takut ketinggalan drama kegemarannya itu.

Selang 5 minit, mamaku menyuruh lagi dengan arahan yang sama.
Read more

Wordless Wednesday |5|


Read more

Surat Cinta Pertamaku


Penghujung petang jumaat semalam...
Hatiku berdebar-debar...sangat berdebar...
Jantungku berdegup kencang...sangat kencang...
Buat aku tidak keruan...

Dengan tangan kananku,
Aku menerima surat cinta pertamaku...
Sungguh indah sekali perasaanku tika itu...
Bagaimana hendak digambarkan...

Membaca kandungan surat cinta pertamaku,
Cukup lengkap dengan tarikh,
Cukup lengkap dengan lokasi,
Cukup lengkap dengan tandatangan...
Indah kata-katanya...
Read more

Wordless Wednesday |4|

Read more

Sedikit Cerita

Minggu Syawal yang sangat bermakna. Biarpun sudah menghampiri penghujungnya.
Terasa lagi kemeriahannya bila jemputan 'openhouse' masih lagi dikhabarkan.
Makan, makan dan makan terusssssss! :D 
No worry pasal gemuk sebab badan ku tetap menten! (belagakkkknya miahahaha XD)

Kebetulan minggu lepas, cuti hujung minggu agak panjang sedikit (Selamat Hari Malaysia!), keluarga sebelah mama ada gathering. Wah, best bila semua dapat berkumpul.
Rasa seperti raya pertama pun ada. Cuma bezanya tidak berbaju raya (ok, lupakan cerita baju raya T_T). Awal raya tu tidak semua yang balik kampung, jadinya hari Malaysia dijadikan hari kami berkumpul. Best!
Paling best bila dapat jumpa sepupu-sepupu kecil. Hahaha, agaknya memang untung mereka berjumpa diriku yang agak 'peramah' dengan budak-budak. XD.
Ok, fine! bukanlah peramah tapi 'pengacau' yang amat sangat! Emosi budak-budak tu! hikhikhik!
Mangsa ku pada hari tu, my lil cousin, Anas. 4tahun agaknya lah...
Gara-gara dia suka pukul kakaknya yang sopan dan tidak bersalah, makanya datang diriku menjadi pembela!
Read more

Spontaneous Thursday |3|

Wow!!!
Sungguh cantiknya...!!!
Cantik!!!
Cantik!!!

Wah! Wah! Wah! Wah! Wah!
Baju rayaku memang cantik!
Cantik sangattttttt bila tepat 17 Syawal baru siap!
Cantik kan......?!
Tahniah buat diriku!
T__________T
Read more

10 tahun dulu...

Tanggal hari ini 14 September, 10 tahun yang lalu...
Secerah-cerah pagi Jumaat itu bertukar menjadi mendung...
dan akhirnya hujan turun membasahi bumi.

Tidak siapa pun menyangka tanggal 14 September itulah kali terakhir kami bersama.
Pada tarikh sepatutnya usianya genap 53 tahun, akhirnya menjadi tarikh untuk dia pergi jauh.
Jauh dari Mama, jauh dari abang, jauh dari kakak, jauh dariku dan jauh dari keluarga ini.
Itulah perjanjiannya dengan Ilahi.
Jangan ditanya soal rindu, mudah sahaja air mata ini mengalir.
Menjadi anak bungsu yang paling rapat dengannya bukan perkara mudah untuk melaluinya tatkala usia masih lagi muda.
Bila menjadi mangsa buli abang-abang dan kakak, namanya juga ku jerit...
Bila merajuk, bila sakit pada siapa ku mengadu, dirinya juga ku cari...

Kini, hanya doa yang dapat ku kirimkan sebagai penyambung kasih yang tidak pernah putus.
Semoga dia tenang di sana bersama para solihin dan syuhada' yang dikasihi Allah.

Kami tidak pernah melupakanmu wahai Bapa... Al-Fatihah...
Read more

Bukan Masalah Handphone

Handphone ku berbunyi...
Nama dan nombor tertera...
...
Terus berbunyi...
...
dan terus dibiarkan...

Handphone ku berbunyi lagi...
Kali ini ada mesej masuk...
...
Mesej dibaca...
lalu dibiarkan...

Handphone ku berbunyi...
dan berbunyi...
Nama dan nombor yang sama tertera lagi...
...
Terus berbunyi...
...
dan terus dibiarkan...
Read more

Cuma diam...

Jelas, ada kerunsingan dihatimu,
Mungkin banyak, mungkin sedikit.
Aku tidak tahu.

Aku ingin bertanya,
cuma khuatir disalah ertikan.

Ku lihat kini kau lebih senang men'sibuk'kan diri.
Agar segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Berfikir bukan-bukan mungkin akan menjejaskan dirimu.

Baiklah kalau begitu.
Tidak perlulah aku mengambil tahu.
Fikiranku, bimbang kalau-kalau pertanyaanku nanti menyinggung mu.
Jadi lebih baik aku berdiam diri sahaja.

Ku doakan baik-baik untukmu.

P/S: Hanya tidak mahu menjadi punca.
Read more

Spontaneous Thursday |2|

"Butterflies

in

the

stomach....."

X_X

Pinjam harta En. Google hikhikhik

P/S: Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka! Harap tidak terlewat :D

Read more

Spontaneous Thursday |1|

"hijau, purple, pink, biru, hitam, maroon etc..."
"kebaya, baju kurung, kurung moden, baju melayu etc..."
"mahu macam ni, mahu macam tu..."
"tidak mahu begitu, tidak mahu begini..."


Situasi yang tidak dapat dipisahkan buat mereka yang punya gelaran "tukang jahit".

Agaknya aras tekanan amat tinggi mereka alami terutama musim perayaan ini.

Kasihan!
Baiklah, aku cuba memahami situasi ini!

Biarpun dalam hatiku menanggung gelisah...
"Agak-agak bila baju raya aku boleh siap?! "
T__________________T
Read more

#3 Rabu Kedu



Read more

Iftar 23 Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini dapat juga berbuka bersama keluarga besar.
Seperti ditunggu-tunggu, akhirnya dapat jua tradisi Ramadhan keluarga ini diteruskan.
Memang rasa best bila kita duduk makan beramai-ramai.
Lagi-lagi dengan keluarga sendiri.
Nikmatnya melimpah ruah.
Makanan yang kurang enak pun jadi sangat sedap.
Yang sedikit pun tampak banyak.
Syukur Ya Allah atas nikmatMu...
 
Bila sudah berkumpul ramai-ramai,
confirm la keriuhan itu menjadi-jadi.
Ni belum raya lagi, kalau raya...lagi riuh la gayanya!
Walau bagaimanapun,
Read more

Di Ramdhan ke 21

Salam Ramadhan semua.
Alalala, agak lama juga aku menyepi dari blog ni...
Mungkin mood meng'update' agak kurang sikit puasa ni. Hehe...
aku rajin BW, tapi tidak mengomen... :)

Memandangkan blog ku ini sudah agak sepi,
Maka datanglah kerajinan ku untuk meng'update'...
sebabnya today's very special day...

"Selamat Hari Lahir Sayang..."
Tiada apa yang dapat diberikan melainkan hanya kasih sayang...
Moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...
Amin...
Sayang Sayang....

P/S: Entry yang simple sahaja!
Read more

Ramadhan lagi. Rindu lagi.

Assalamualaikum.
Belum terlambat lagi untuk ucapkan Salam Ramadhan kepada semua, walaupun sudah masuk puasa hari ke-6.
Syukur Alhamdulillah, kita masih dapat menunaikan ibadah puasa tahun ini.

Hampir seminggu senyap, akhirnya dapat juga meng'update' blog kesayangan ni.. Aisey! Hehe..
Kesibukan akhir-akhir ini membataskan diri untuk bersama screen dan keyboard.
Entah la apa yang disibukkan...hehe.
Mungkin dalam proses untuk menyesuaikan diri di minggu pertama Ramadhan, jadi idea pun ikut puasa sekali. Hehehe.

Ramadhan kali ni, merupakan Ramadhan tahun kedua selepas tamat belajar.
Read more

Wordless Wednesday |2|


Kalau ada siapa-siapa yang tengah buat thesis,
Pening memikir buat references,
Silalah ikut contoh di atas! Hehe!

Read more

Tekidum-kidum

Kotak memori ku,
Arghhh...lebih 36 jam ia mengalami gangguan,

Dengan sendirinya ia menjadi padat,
Penuh dengan segala cerita,
Sesak dengan pelbagai kisah...

Gangguan apakah ini?
Otakku hanya memproses ingatan wataknya...

Impaknya pada urat mulutku,
Tidak berhenti tekidum-kidum...
Kesannya juga pada jantungku,
Adakala degupannya laju...

Gelombang mu kali ini benar-benar sampai,
Terima kasih ya buat aku tekidum-kidum...

Tekidum-kidum (Bahasa Brunei) = Tersenyum-senyum

P/S: Lain kali kirimkan gelombang yang kecil ukuran Hertz nya agar aku sedikit tenang... Hehe!
Read more

Alert!

Selekoh,
Kereta yang banyak,
Depan sekolah,
Murid dan pelajar sekolah yang melintas jalan raya...


"Ya Allah Ya Tuhanku. Lindungilah hamba-hambamu semua dari segala malapetaka dan bencana. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada siang tadi tidak akan berulang lagi. Amin amin Ya rabbal alamin..."


P/S: Wajib untuk sentiasa ALERT!
Read more

"Kondisna"

Awal pagi....
Sesiapa pun pernah merasa perebutan bilik mandi...
Lagi-lagi pada yang terbangun lewat. Cukup bermakna.
Perebutan berpakej dengan kebisingan!

Ini cerita pagi kelmarin.
Bila Cik Uda dengan semangat bangun awal dan mandi.
Manakala Cik Bongchu terbangun lewat sedikit dari dia.
   
    Cik Bongchu: Uda, boleh cepat sikit ka? Orang lain pun mahu mandi juga bah...

    Cik Uda: Kejap ba, Uda mau shampoo lagi.

Alamak... Inilah masalah bila dia yang mandi dulu...
Cukup dan terlebih lambat!

Selang beberapa minit,

    Cik Bongchu: Sudah ka belum?
Read more

Wordless Wednesday!

Read more

Pelik!

Pelik...
Memang pelik!
Mood "baking" datang dengan tiba-tiba petang tadi.

Petang tadi berjaya siapkan kek.
Kek biasa-biasa saja.
Masa mula-mula buat kek, sudah rasa pelik!
Bukan kek tu rasa pelik, tapi aku yang diri aku terasa macam ada sesuatu yang pelik!
Ehm, kenapa aaa...?
Tapi proses buat kek tetap diteruskan.

Telur,
Tepung,
Mentega,
Semua bahan sudah sebati...
Kemudian masuklah dalam oven.
Ehm, rasa pelik lagi!
 
Ting!!!
Kek masak!
Bau sedap!
tapi tetap fikir "kenapa aku rasa pelik ja aa...?"
Read more

Dia sudah berubah!!!

Sebentar tadi,
Ku lihat ada yang menarik perhatian ku di laman sosial Facebook...
Ramai rakan laman sosial ku menukar gambar mereka...

Teringat dengan seseorang...
Aku terus melawat laman sosialnya..
Wah! Aku tersenyum sendiri melihat gambarnya...
Eh, aku bukan mengkritik tidak smart atau tidak cantik...
Bukan!
Tapi sudah lama tidak bersua dengannya...
Jujur, rindu itu bertandang! Memori itu kembali!

Ku lihat kini dia sudah berubah,
Sudah tidak seperti dulu...
Ku lihat kini dia sudah semakin matang,
Read more

I’m back after a long pause!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera kawan-kawan...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melawat blog ku ini...
Agak lama tidak meng'update' apa-apa di sini kan...
Sebenarnya banyak cerita tapi tidak mengapa, anggap saja bercuti seketika dari berblogging...
Seperti tidak mahu pula bercerita kisah yang sudah lepas...hihi.

Ok, ini 1st entri untuk bulan Julai,
Cerita pembukaan untuk menggalakkan diri sendiri untuk lebih rajin mem'post cerita seterusnya...
Ini la dia bila sudah bergelar blogger, agak sedikit susah hati bila blog ada cerita yang lama sahaja...
Ketara sangat tidak meng'update' kan..? hehehe (Ya, saya juga menghadapi simpton yang sama...)
Walaupun cerita-cerita kosong sahaja dikongsikan, tetapi sebagai seorang blogger, bila ada update terbaru sudah boleh senyum-senyum kan? Ada yang setuju? Hehehe...
(Ini pandangan sendiri sahaja, masing-masing punya pandangan yang berbeza-beza)

Malam ni bila entry ni sudah di'post'kan, aku sudah boleh senyum-senyum.
Menunggu hari esok untuk berkongsi lagi.
Selamat malam :)


P/S: Muhasabah diri :)
Read more

Misi Mencari

Assalamualaikum....

Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu...
Janji ALLAH pastiku pegang...

Dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik"...
InsyaALLAH...

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...


Read more

Senyum... Senyum!

Kini dan terkini...

"New Microsoft Office,
New Winamp,
New Photoshop,
New Photoscape,
New Folder!"

Itulah yang sedang aku miliki kini..
Sangat suka...
Sangat gembira...
Sangat bahagia...
Terima Kasih banyak-banyak...

Sampai bila?
Semoga kali ini lebih berpanjangan jodoh kami..hikhikhik!
Kini sudah pasti,
Aku tersenyum jua akhirnya!
hihi!

P/S: Boleh sudah blogging banyak2..hihi
Read more

Kecundang Akhirnya!

Bersedia dan terpaksa...

"No more Microsoft Office,
No more Winamp,
No more Photoshop,
No more Photoscape,
No more Favourite Folder!"


Itulah yang perlu aku hadapi kini..
Memang susah...
Memang payah...
Memang sukar...
Tapi apakan daya...
Aku terpaksa jua !!!

Sampai bila?
Entah, aku sendiri tidak tahu sampai bila!
Cuma seperti sudah pasti,
Aku kecundang jua akhirnya!

* macam mana mau guna internet? mau blogging?~~~~~~ buntu! I'm totally sad!
Read more

Katanya...

Dulu katanya kawan-kawan,
Sekarang, jangankan kawan, rakan pun tiada!

Dulu katanya cuba memahami,
Sekarang, jangankan memahami, understand pun tiada!

Dulu katanya suka cabaran,
Sekarang, jangankan merempuh cabaran, bayangnya pun tiada!

Mudah melafaz kata,
Mudah jua mematah kata!

Mudah melafaz maaf,
Mudah jua melakukan silap!

Kan?
Read more

Itu...Ini...Salah!

Perempuan, 24tahun
Pekerjaan: Kerani Am
Gaya: Make up tebal seinci& Handbag Gucci

Si pengomen : "dui ba, setakat kerani, bergaya ja lebih. Jangan la eksen macam pegawai!"

Perempuan, 24tahun
Pekerjaan: Kerani Am
Pakaian: Berbaju kurung& bawa bakul anyaman kraftangan

Si pengomen : "Ish dia ni, kedekut betul. Apa la sangat kasi keluar duit kalau mau belajar bergaya. Up to date la sikit!"

Perempuan, 24tahun
Pekerjaan: Pegawai Atasan
Gaya: Make up tebal seinci& Handbag Gucci

Si pengomen: "dui na, mentang-mentang dia pegawai, dia fikir dia ja pandai begaya?!"
Read more

Lepas satu, satu...

Lepas satu...satu...

Sudah satu...satu lagi..

Adakah ini keluhan?
Bukan, ini hanya luahan...

Ujian demi ujian yang datang,
bukan sedikit, bukan juga banyak,
Cukup sekadar menguji kemampuan diri ini.

Aku mahu berjaya!
Ya, ini keinginan ku.
PTS permulaanku, UPSR pertamaku...
PMR ujianku, SPM ceritaku...
STPM kesungguhanku..punya ijazah kepuasanku!

Sudah melalui semua laluan,
Tapi aku masih ingin berjaya!
Tamakkah aku?
Oh, tidak!
Read more

Kembali Ke Asal

Kawasan itu,
adanya pokok mangga...
adanya pokok rambutan...
adanya pokok jambu...
Meriah, bila sampai musimnya!

Kawasan itu,
adanya pokok-pokok hijau...
adanya sawah padi...
adanya reban ayam...
Sioknya, bila ada kenduri semua berkumpul!

Hanya menggamit kenangan lama dikampung ini...

Read more

Kala Itu...

On laptop,
Tengok desktop background...
Aku bermonolog : "Hrmm, bosan! Tukar lah gambar lain!"
(padahal baru semalam tukar...hihi)

Buka folder,
Buka folder dalam folder,
Jumpa folder,
Tengok gambar,
Aku bermonolog lagi : "Mana satu aa yang smart?"...
Sambil menjeling ke sudut bawah sebelah kanan di laptop ku...
"No internet access" (sudah ku agak..hrmm..)
Tengok gambar semula... "Ok, yang ni la guna..."
Done!

Apa lagi aa mahu dibuat?...
Blurrr*

Hrmm...
Buka folder semalam punya task,
Baru sikit rupanya... Nda apa, banyak masa lagi!
Miahahaha XD
Tambah sikit lagilah...

Beberapa ketika kemudian,
Chapter pertama sudah siap! YES!!!
Mata terus ke arah jam...
Jam menunjukkan 9.15 pagi!
ADOIIII...Masih pagi rupanya!
Bagaikan sudah berjam-jam aku di sini!

Apalagi aku perlu buat ni?
Hrmmm....

Read more

M.E.N.G.E.J.A

Jom kita belajar mengeja!

Ma..Ma.. = bunyinya Mama

Ba..Pa.. = bunyinya Bapa

Wah... Pandai!!!

Bo..La.. = bunyinya Bola

Su..Su.. = bunyinya Susu

Ka..Ki.. = bunyinya Kaki

Ku..Ku.. = bunyinya Kuku

Bijaknya!!!

Da..du.. = bunyinya Dadu

A..Yam.. = bunyinya Ayam

Ku..Da.. = bunyinya Kuda

Ke..Ra.. = bunyinya MONYET

Erk...?!
Kenapa KERA, bunyi nya MONYET?
Sebab mukanya macam monyet!

Hahaha....power ranger biru baru belajar mengeja.
Sudah kenal huruf, tapi belum tahu bunyi.
Dia belajar guna gambar kemudian dia eja,
sebab tu dia tahu apa benda yang dia eja.
Kalau tiada gambar... rasanya dia tahu atau nda?
Hehehe...!!

P/S: Usaha lagi Mirul, nanti sudah pandai bukan setakat basikal, minta kereta pun mama mu bagi! hehehe! (power ranger biru = Mirul)
Read more

Kala Ini...

Mood: Amat mengantuk!

Buka folder, tengok isi folder,
Folder ni nda best!... Tutup folder....
Buka folder baru, tengok isi folder,
(Senyum-senyum bila melihat kerenah Ahli Bikin Panas dalam gambar), tutup folder lagi...
Buka folder baru lagi, tengok-tengok isi folder lagi...
Hampir terburai tawa hilaiku...
Sebelum kenapatan, tutup folder capat-capat...

Pura-pura cool!

Pandang ke handphone...
Tiada mesej, tiada panggilan masuk...
Hanya kelihatan bateri tinggal 3 bar...

Kosong!


Read more

Mahu atau Tidak!

Yang sering diimpikan,
Yang sering diangankan,
Jarang-jarang tercapai...

Yang tidak mahu diingini
Yang tidak mahu dikehendaki,
Selalu-selalu diperolehi...
Kan??

Ramai orang kata,
"Jangan kata 'tidak', nanti itu juga yang dapat!"

Ya, aku sedikit ter'psiko' dengan kata-kata ini.
Betulkah? Benarkah?
Hrmmm!!!
Ada betulnya, ada benarnya...
Pernah berlaku depan mata,
Pernah dengar orang cerita..
dan sering kali terjadi!

Aku pernah berkata,
"tidak mahu macam tu..."
"tidak mahu macam ni..."
"mahu yang macam ni..."
"mahu yang macam tu..."
Erk, cerewet sungguh!

Aku tidak mahu itu yang terjadi...
Tengok, aku berkata "tidak mahu" lagi...

Macam mana nih?!!!

P/S: Kadang-kadang untuk mencari yang terbaik cerewet itu penting!
Read more

Suka, Sayang, dan Cinta

Saat dia menangis,
Suka : Kamu akan berkata "sudahlah, jangan menangis.."
Sayang : Kamu akan menangis bersamanya.
Cinta : Kamu akan membiarkannya menangis dipangkuanmu sambil berkata:
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama"

Saat kamu melihatnya,
Suka : Kamu akan berkata: "Ia sangat tampan!" atau "Dia sangat cantik dan menawan."
Sayang :Kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.
Cinta : Kamu akan berkata: "Buatku dia adalah anugerah terindah yg pernah Tuhan berikan padaku..."


Read more

Pusing-pusing...

Pernah dulu aku berkata,
"Lenyapkan segala tentangnya dari hidupku!"
Fuh, cukup angkuh bunyinya kan...

Hari ini,
Geli hati mengingatnya kembali.
Kerana kelmarin,
Gurauan dengan salah seorang kawan di "pejabat" (akan menjadi pejabat untuknya tidak lama lagi...hihi),
buat aku teringat kisah lampau!
Macam lah lampau sangat.hehehe..
Ditegaskan di sini,
Aku hanya teringat, bukan merindui! (Dua perkara yang berbeza!)
Betul kata kawanku, "Ini semua kenangan..."
Aku hanya tersenyum...
dan aku akui...
"Ya, ini semua kenangan!"
Read more

Kisah Malam Tangisan

Jam menunjukkan 8.01pm ketika aku mula menaip entry ini.

Cerita ini setahun yang lalu...
Pada tarikh dan waktu yang sama...
Ingat lagi pada waktu itu, cuaca sejuk dan hujan...

Kita berkumpul bersama...
Lebih dari 50 orang rasanya...
Beberapa hari sebelum tarikh ini,
Persiapan dilakukan oleh pelajar perempuan.
Beberapa jam sebelum majlis bermula,
Proses masak memasak ibarat kenduri kahwin...
Sungguh meriah!
(Girls mesti ingat kannnn? hehe)

Read more

Tanda Soal

Lebih kurang 3minggu sudah berlalu...
Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya terjadi...
Adakah aku tersalah kata...?
Tersalah laku...?
Tersalah maksud...?

Andai aku punya kesalahan serupa itu,
Aku minta maaf.
Mungkin tutur bahasaku kasar,
Mungkin tingkah laku ku sangat berani,
Mungkin juga maksud ku sangat sinis,
Ya, itu semua aku...
Biarlah aku akui sahaja kesalahan ini.
Itu lebih baik.

Cuma aku mahu kamu faham,
Apa yang aku maksudkan selama ini...
Aku punya impian, punya cita-cita dan
Aku juga punya pilihan.

Maaf andai aku terlalu bertegas.
Inilah pilihanku.

P/S: Aku tahu kamu sedang membaca post ini!
Read more

Sudah-sudahlah...

Sudah-sudahlah...
Terimalah hakikat...
Inilah kenyataannya....

Memang pahit untuk ditelan kenyataan ini...
Tiada gunanya mengharap lagi...pada perkara yang sudah pasti bukan milikmu...

Kami sebenarnya simpati...
tapi bila melihat,
dari gayamu,
dari kerenahmu,
dari caramu...
Ia mengundang lucu pada kami...(hikhikhik..)

Bukannya kami jadi penghalang...
tapi ia sudah menjadi terlarang...
Kami terpaksa menghalang...

Jangan lagi dipersoalkan mengenainya,
Sama ada percaya atau tidak...inlah kenyataannya.
Sudah lah...terimalah hakikat.
Jangan sampai kami ketawa terbahak-bahak! Hihi

P/S: Begini rupanya gaya mu aaa....hehe.

Kami sudah cakap "Jangan!",  kalau terjadi apa-apa lepas ni, JANGAN cakap kami tiada apa-apa! Tumbuk ko nanti~~ hahaha
Read more

Kawan Saya

Kejadian bulan lepas...
Salah seorang kawan aku komplen di facebook...

Dia tanya dan cakap:
"pasal apa entry ko psl orang itu je?"..."
"asyik orang ituuuuuuuuuuu je...."

Read more

Tidak Suka Vs Suka

Bila Saya Tidak Suka....




Kalau saya tidak suka....
Jika saya tidak suka....
Saya akan cakap "Saya Tidak Suka!"
So, makna nya Saya Tidak Suka!
Jangan paksa-paksa,
Jangan suruh-suruh,
Jangan main-main,
sebab Saya MEMANG tidak suka!!!
Bila kamu paksa-paksa...
Kalau kamu suruh-suruh...
Jika kamu main-main...
Kelak, merana diri!!!
(terukkkkkkkkk nya diriku..hikhikhik...)

TAPI.....

Read more

April ON!!!!!!!

Yeyeh! March berakhir!!!!
April datang!!! Hehehe
Saya Suka, Saya Happy!!!
 ^________^ v

Sebenarnya kan....
Hehehe.......
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
Hish..malu pula saya taw...
Ahakkssss!!!!
Read more

Pergi Sekolah

Seperti hari-hari biasa...
Memulakan perjalanan ke "pejabat"...(mak aii, ayat skema matik..mcm la ada pejabat! hihi)
Hari ini..(Jumaat)....
Perjalanan ku menjadi menarik. Walaupun melalui perjalanan yang hampir sama setiap hari.
Perhatian ku pagi tadi dicuri...
Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berjalan kaki ke sekolah.


Ku agak baru 7 tahun usianya.
Dalam hujan renyai-renyai dia berjalan kaki.
Sambil mengesat matanya, mungkin tempias hujan menganggu pandangannya (atau dia masih mengantuk di awal pagi)....
Berbaju seragam sekolah, berkasut putih, menyandang beg yang sarat dengan buku teks...
Kasihan....
Mungkin dia digagahi jua semangatnya untuk bersekolah hari Jumaat kerana Sabtu sudah boleh bercuti.
Ditangannya, membimbit plastik hitam yang agak bising bila disentuh.
Ya, aku tahu apa dalamnya.
"Itu bekal makanannya."
Bagus anak kecil ini, dari kecil sudah diajar untuk memahami makna jimat. Mungkin dia dari keluarga susah.
100 meter melintasi anak kecil itu, ada lagi 3 orang kanak-kanak berjalan kaki ke sekolah.
Juga menyandang beg dan membimbit bekal makanan mereka... Comel!

Read more

Sew'weelllll!!!

Sudah dua hari masalah ini berlanjutan....
Apa sebenarnya yang berlaku...
Tertekan sungguh!!! (perlukah aku bagitahu....hrmmm...)
Ehm...apalah nasib..(jangan mengeluh...)
Dugaan..dugaan...(sabar saja lah...)
Antara positif dan negatif.....
Apakah yang menimpa kali ini...

Sudah ku cuba fahami dirimu...
Sudah ku cuba menyayangimu..
Namun, baru setahun ada sahaja masalah yang datang...
Besar sangatkah salahku padamu...?
atau besar sungguhkah expectationmu terhadapku?
Aku bukan mengalah...
Cuma kadangkala aku rasa penat...
Penat dengan karenah mu yang sering berubah-ubah...
dan kadangkala aku rasa ko terlebih mengada-ngada (Maaf atas kejujuran ini...)
Erghhh!!!!
Apalagi yang kau mahu...?
Habis satu, satu lagi masalah timbul....
Memang kau sendiri tidak puas hati dengan diriku..
Jika ini caramu...
Biarlah...
Aku akan ikut rentakmu...
Lihat lah nanti, sejauh mana kau akan bertahan dengan perangai mengada-ngadamu...
Cukup masa...
Kau akan kugantikan wahai handphone murahku Nokia 3120C.......


Mood: Sakit hati bila mengenangkan penyakitnya....


P/S: Adakah ini petanda aku bakal kaya? Wakakkaka...(ayat pengubat hati...)
Read more

Kawan! =)

Suatu hari...
Aku pernah meluahkan tentang masalahku kepada salah seorang kawanku...
Masalahku : Kawan!
Luahanku disusuli dengan pertanyaan,
"Ko takut kehilangan kawan?"
Aku diam....
Tapi hatiku menjawab....
"Memangla takut, siapa nda sayang kawan, nanti tiada orang kawan sama aku!"
Nasihatnya ringkas sahaja...
"Jangan risau, kawan ada dimana-mana. Sesiapa sahaja boleh dijadikan kawan."
Yup, ada betulnya kata-kata ini. Kata-kata dari seorang kawan yang lebih matang fikirannya.

Semalam,
Aku dihambat rindu. Aku rindu kawan-kawanku.
Kawan-kawan yang sangat bermakna pada penghujung pengajian ku...
Bukan baru semalam,
Tapi sudah lama kerinduan ini....

Apa khabar mereka?
Sihatkah mereka?
Apa mereka sedang lakukan?
Ingat lagikah mereka padaku?
Kami terpisah, bukan kehendak kami...
Kami pulang kepada asal, hanya kenangan indah didalam hati...
Di sudut hati, semoga kita dipertemukan lagi.

Hari ini,
Aku tidak bersama mereka lagi...
Aku bersama mereka yang lain...
Yang baru ku kenal..
Yang baru menjadi kawan.

Benar katanya,
Kawan ada dimana-mana...
Dulu hanya dipandang, kini sudah berkawan...
Dulu tidak dipandang, kini sudah jadi rakan...
Dulu tidak bertentang, kini sudah bersembang.

Esok,
Harapanku,
Aku, mereka dan mereka yang lain masih berkawan...
Walau jauh dipisah lautan,
Walau dekat bersebelahan pagar,
Walau facebook jadi tatapan,
Walau sms tidak dihantar,
Kita tetap berkawan,
Kerana melupakan itu terlalu sukar.

Notahati: "kawan, saya sayang kawan kamu!". Maaf, tidak terluah sebelum ini.

>heart<
nOorul (",)
Read more

Genie, HELP US!!!

Genie!!!
Where are you? Don't Sleep!!
You already fat!!! (sudahlah besar, gemuk lagi..haha)
Help me!! Eh, no! HELP US!!!!
Genie, wake up!
If you still sleep, I don't want to pay you this month!!!

Genie, hear me! Listen me!
Kami diserang! Sampaikan pesanan kami kepada Merong!
Utusan kami kepada Merong terkandas ditengah lautan.
Kami perlukan bantuanmu.
Geruda telah tewas, tapi muncul lagi kuasa baru!

Kami telah diserang dua kali sebelum ini...
Diarahkan kami untuk patuh arahannya kerana risau dek ancamannya.
Kami terpakasa akur.
Setelah rakyat mendengar khabar Geruda tewas, kami mahukan bantuan Merong!

Jangkaan kami,
kami akan diserang lagi.
Tunggu tiba dan masa nya lagi...
Ini lah kali lahhhhh...
blogger-emoticon.blogspot.com

Please Genie....
Sampaikan pesanan ini..
"Short Tongue Ghost" akan datang menyerang lagi...
Selamatkan kami...!! wakakakkaka

P/S: Apakah maksudnya ini?! hehehe
Read more

Ku Panggil Namamu...

Dimana dirimu...
Aku bimbang akan situasi dirimu...

Jangan hilang dariku...
Aku akan rasa kehilanganmu...

Aku panggil namamu...
Agar kau mendengar suaraku...

Sepi.....

Kau tidak menyahutku..
Hanya kebisingan itu mengangguku...

Ku panggil lagi namamu...
"Jiji...Jiji..Jiji....."

.......

"Apa? Apa? Apa?"
Erk....!!!
Mengapa suara asing ditelingaku....
Ku alih pandanganku ke arah suara asing itu....

"Mengapa kau berubah wajah?"
blogger-emoticon.blogspot.com

Pandangan ku beralih lagi....
Itu dia kesayangan....
Adikkkkkkuuuuuuuuuuuuuu!!!

notahati:: bukan niat ku untuk menguyakmu! hahaha
Read more

Hrmm....

Alhamdulillah....
Segalanya sudah jelas,
Ia bukan tanda tanya lagi..

Terima kasih kerana memahami,
Terima kasih kerana tidak membangkiti...

Apa sahaja yang sudah jelas,
Usah dipersoalkan lagi...

Maaf untuk keputusan ini,
Segalanya akan ku hargai......


>heart<
nOorul (",)
Read more

Blurr*

Terseksanya hati.....
Bila mata hanya mampu melihat...
Bila mata hanya mampu memandang...
Adeyh...bilakah aku dapat memilikinya...
blogger-emoticon.blogspot.com

Hrmm...
....

....
....

....

....

....
....

....


Kenapakah aku kini?

Malar begini!!!

Mahu-mahu sakit otak ooo!!

Adeyh!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

...Sabar hati....

>heart<
nOorul (",)
Read more

Sampah!

Sampah...

Buang sampah dalam tong sampah..
Jangan merata-rata...

Kalau jumpa sampah,
boleh kutip, masukkan dalam tong sampah...

tapi...
kalau jumpa orang yang sangat menyampah macam mana?

Eeeeeee!!!!
MENYAMPAH!!!
blogger-emoticon.blogspot.com
Read more

Huhuhu!




Huhu!

kenapa kah ini?

Ish! nda suka ooo ini perasaan!

Shuhhh.....gO away!

Pegi main jauh-jauh sana!!!

Jangan kacau saya!!!

blogger-emoticon.blogspot.com



>heart<
nOorul (",)
Read more

Alahai Power Ranger!!!

Sekali lagi kisah perbualan c bOngchu (saya la...) dan pOwer ranger biru
Tapi kali ini bukan perbalahan....seperti entry sebelum ini...
Hanya sekadar bermesra-mesra...
dan tujuan utama c bOngchu memang untuk menyakat c pOwer ranger biru! hehehe!!
blogger-emoticon.blogspot.com

c bOngchu menggeledah beg sekolah c pOwer ranger biru...
akhirnya terjumpa lukisan yang penuh kekreatifan!
Hahahaha!!! c bOngchu memang suka cari pasal....!
____________
c bOngchu : siapa suruh lukis ni....? wakakakakaka

pOwer ranger biru : tersipu-sipu malu untuk menjawabblogger-emoticon.blogspot.com....cikgu di sekolah lah ba yang suruh lukis..... (betul la juga jawapan nya kan...)

c bOngchu : mirul lukis apa ni?

pOwer ranger biru: heheheblogger-emoticon.blogspot.com....(senyum-senyum...tersipu-sipu malu lagi...)

c bOngchu : yang ni warna hitam, ada tanduk ni apa? wakakakakaka

pOwer ranger biru : (tersipu-sipu malu lagi...)blogger-emoticon.blogspot.com hehehehehe...... Biarlah RAHSIA!!!!!
______________

nah...amik ko jawapan dia kali ni!!!
tu la niat nda baik mau kenakan dia..
last2 diri sendiri kena! padan muka! hehehe...
blogger-emoticon.blogspot.com

notahati:
  • nda dapat upload gambar lukisan yang dia lukis tu atas masalah usb wire yang nda dapat berfungsi! apa lah nasib! !@#$%^&*()
  • budak ni nampak gayanya mewarisi perangai bOngchu nya sendiri yang suka kenakan org! hahaha! kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan..hehehe

>heart<
nOorul (",)
Read more

^________________________^ V

Salam readers....
Apa sudah jadi ngan blog saya ini?
Hohoho..hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan setakat ini..masih tidak puas hati!
Kelembapan bband ini sangat-sangat membataskan proses naik taraf...
Wakakaka...mcm betul ja naik taraf!
Saja-saja hilangkan bosan di hujung minggu, akhirnya blog sendiri jadi mangsa...
(padahal hampir kapisan sorang-sorang bila asyik error!)
Hahaha... jangan marah ya my blog, nanti saya cari make up yang lagi canggih aa!
Hehehe..Peace!!!

^________________________^ V

Erk....
Esok hari last Februari...28Feb...
Sungguh pantas masa berlalu...
ada lagi 10bulan untuk tahun ni, 5K still in progress!
Mudah-mudahan tercapai...
Chayok2!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

Erk..esok juga kena bangun awal pegi kelas...!!!
Alaaaaaaaaa!!! Sir, boleh ka kita sambung cuti lagi? hehehe
(macam mana 5K mahu tercapai kalau malar mau cuti?! semangat kecilku bersuara..aisey! wakaka...)

^________________________^ V
Best of February!
Saya jumpa kawan-kawan baru...
Dari kenalan menjadi kawan...
Dari kawan menjadi teman...
Yeyeh!!! Siapakah mereka??
Shhhhh........!!!
Nanti saya bagitahu.....hehehe!

Kpd Kawan-kawan baru saya itu,
Balik kelas, rajin-rajin berus gigi!
Sebab saya rajin sangat bawa musuh gigi pegi kelas! hehehe
blogger-emoticon.blogspot.com

>heart<
nOorul (",)
Read more

Safety 1st!!!

Blog saya sedang
BERANTAKAN!!!

kekacauan sedang berlaku!

kerja membaik pulih
sedang dijalankan!

Keselamatan diutamakan!

Kerjasama diperlukan!

dan
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Saya juga
kekapisan
blogger-emoticon.blogspot.com
ketekanan
ketegangan
bila
malar
errorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
saja!
adeysh!!!!!!!

Sabar lah Hati...
blogger-emoticon.blogspot.com
Read more

Surat Untuk Genie


Dear Genie,

Thank you for coming to listen my wishes. My wishes is not like my friends wishes that you have listen before. But, I want become the Manager of Big Apple Donut&Coffee in Sabah. I choose this company because I love eating although I'm tiny (don't laughing genie...). I love snacking although I'm not hungry and very worse if I get hungry. Not only me, but we all love eating, love snacking and we all eat when we are bored. Right? hehe....

I want to open new branch of Big Apple at Papar, nearest at my home. Why? because Big Apple not open yet at there. So, if I'm a manager, I can do that. I can come and eat donut anytime I want. I know you laughing again genie. Ok genie, I'm not open in Papar only but I also open new branches around Sabah widely. So easily for me to find Big Apple anywhere I go in Sabah.

Besides that, I want to have party with my EDP friends and also with our nice teacher by end this programme soon.

Genie, can you fullfill my wishes?
or...
Genie, can you understand my broken English?hihi...

>heart<
nOorul (",)


Who's Genie? hehehe
blogger-emoticon.blogspot.com
Read more
 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine