Pergi Sekolah

Seperti hari-hari biasa...
Memulakan perjalanan ke "pejabat"...(mak aii, ayat skema matik..mcm la ada pejabat! hihi)
Hari ini..(Jumaat)....
Perjalanan ku menjadi menarik. Walaupun melalui perjalanan yang hampir sama setiap hari.
Perhatian ku pagi tadi dicuri...
Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berjalan kaki ke sekolah.


Ku agak baru 7 tahun usianya.
Dalam hujan renyai-renyai dia berjalan kaki.
Sambil mengesat matanya, mungkin tempias hujan menganggu pandangannya (atau dia masih mengantuk di awal pagi)....
Berbaju seragam sekolah, berkasut putih, menyandang beg yang sarat dengan buku teks...
Kasihan....
Mungkin dia digagahi jua semangatnya untuk bersekolah hari Jumaat kerana Sabtu sudah boleh bercuti.
Ditangannya, membimbit plastik hitam yang agak bising bila disentuh.
Ya, aku tahu apa dalamnya.
"Itu bekal makanannya."
Bagus anak kecil ini, dari kecil sudah diajar untuk memahami makna jimat. Mungkin dia dari keluarga susah.
100 meter melintasi anak kecil itu, ada lagi 3 orang kanak-kanak berjalan kaki ke sekolah.
Juga menyandang beg dan membimbit bekal makanan mereka... Comel!


Ah, hatiku dan fikiranmu membawa aku ke usia 7 tahun.
Betapa mewah layanan untukku dulu ke sekolah.
Pergi balik dijemput, wang belanja diberikan, segalanya terhidang.
Usiaku 12tahun, akan menduduki UPSR. Aku terpaksa menghadiri kelas tambahan hampir setiap hari.
Kerana kelas yang agak lewat tamat disebelah tengahari, aku tidak berkesempatan untuk balik ke rumah.
Setiap tengahari, arwah Bapaku dan Mamaku akan datang menghantarkan makanan dan baju sekolah untuk ke sekolah agama. Cukup manja kan aku...?
Tidak cukup dengan itu, setiap Sabtu dan Ahad, aku akan dihantar menghadiri tuisyen.
Habuannya, jika aku rajin menghadiri tuisyen, setiap petang selepas habis kelas, arwah Bapaku akan menunggu dan menjemputku bersama Aiskrim Coklat kegemaranku.
Begitulah sayangnya padaku si anak bongsu.

Namun, hari ini, susah payah arwah, usaha keringat mama...
Masih belum mampu ku balas.
Walaupun segulung ijazah telah ku miliki,
Mungkin sampai bila-bila pun aku tidak mampu membalas apa yang telah mereka berikan padaku.
InsyaAllah, akan ku usahakan sebaik-baik perkara yang ku mampu.
Terima Kasih atas kasih sayangmu Pa...itulah harta yang paling berharga buatku(sangat-sangat merinduimu...) Terima Kasih atas kasih sayang Mama, Abang-abang, dan Kakak.
Sangat-sangat menyayangi kamu...~~

Mood: sedih & menanggung rindu dihati


P/S: Untuk kanak-kanak berjalan kaki, belajar sungguh-sungguh. InsyaAllah berjaya.

10 comments:

{ ~NieZa~ } at: 26 Mac 2011 9:51 PG berkata...

al-fatihah utk arwah ayahanda mu :)

insyaAllah bdk2 2 brjaya ^_^
ko pn akan brjaya, sbb niat sudah dipasang. asal ikhlas insyaAllah akan mndpt redha dariNYA. ^_^

aishh!! skema jga ak ni :p

apa2 pn smoga kta bjaya sama2 :)

{ Zurina J. } at: 26 Mac 2011 10:30 PG berkata...

manajnya la bah anak ni...
aku dulu pigi sekolah pun mmg sdia susa suda hidupku...uhuk.

tp aku syukur sgt...Kalau kita tak mengenal yang hitam, maka kita tidak akan mengenal yang putih. Kalau kita tak pernah merasa kesusahan, maka kita tidak akan menghargai kesenangan

semoga sama2 berjaya ya..:)

{ Nrul Hearty } at: 26 Mac 2011 4:03 PTG berkata...

@~NieZa~
Hehe, aku pun rasa ayat itu sangat skema!! =p

@Zurina J.
iya2la..memang manja pon!! tp xla sampai mirah muka! hahaha =p

SEMOGA KITA BERJAYA KAWAN2! =)

{ ~sii keciq~ } at: 26 Mac 2011 8:32 PTG berkata...

aku sayang yati .. semoga sama2 berjaya ya dang :)

Al-fatihah untuk arwah ayahanda :)

{ a.g } at: 27 Mac 2011 4:00 PG berkata...

aty : tulun karg cerita aku pi skol naik perahu...supaya budak2 yg naik perahu pi skol pon berjaya...masuk ums n edp....hahahhaaaa

{ Nrul Hearty } at: 27 Mac 2011 9:06 PG berkata...

@keciq:
Sayanggggggggg kamOoooo jua! =p

@Ag.Azhar:
naik perahu?? wah, extreme bana tu wang..! haha..mun ujan d mna belimbu tu wang...?hehehe

{ a.g } at: 27 Mac 2011 10:26 PG berkata...

time tgkt 3 jak aku naik perahu...asal hujan jak merupakan ari cuti bg genk2 perahu time tu...klu malas skol paksa purak2 terjatuh dlm sungai pastu balik uma ckp perahu karam...hahhahaha

{ Nrul Hearty } at: 27 Mac 2011 12:51 PTG berkata...

@A.G:
punya la teknik menarik...alasan perahu karam..nsib ckgu nda ckp "knpa ko idup lagi..."hahaha =p

{ a.g } at: 27 Mac 2011 12:59 PTG berkata...

Aty : soalan atu mmg uda sigu ku tanya...last2 berjaya jua kami 4 org..sumua dtg scrol degree tau...bangga sigu tu smpi skrg...tp aku jak lom keja lh...hahahhaa

{ Nrul Hearty } at: 27 Mac 2011 3:31 PTG berkata...

@A.G
keraja2 jgn tah dsabut...bkn ko sorg, yg pasti ada lagi 21 kwn kitani blum pdt keraja dlm clz atu! hahahaha

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine