Masih ingat lagi...?

 

Masih ingat lagikah....

Kawan kita tadika ketika umur 5 tahun?
Kawan baik kita sekolah rendah?
Cikgu paling garang?
Cikgu paling disayang?
Keputusan PMR?
Dimarahi ibu?
Ditegur bapa?
Keputusan SPM?
Keputusan STPM?
Perasaan dapat masuk universiti?
Gembira jumpa kawan baru di universiti?
Cinta dan kekasih pertama?
Hadiah pertama kita terima?
Berapa tahun cinta kita bertahan?
Koleksi skandal?
Geng karas kampus?
Kawan-kawan kampus?
CGPA universiti?
Tarikh konvokesyen?
Pekerjaan dan gaji pertama?
...
...
...
...
etc.

Bila terlihat tanda soal itu, otak kita memproses ingatan serta merta kan?
Tersenyum tersengih bila memori itu kembali.
Sebenarnya banyak perkara yang kita ingat. Bukan satu, bukan dua tapi banyak.

Kalau se'cincai' perkara kita boleh ingat,
Inikan pula perkara yang remeh-temeh...
Apatah lagi yang sepenting-pentingnya perkara dalam hidup kita...

Kalau kisah 19 tahun dulu kita masih ingat hingga sekarang,
Inikan pula kisah 9 tahun lepas...
Apatah lagi beberapa tahun lalu...

Kenapa kita masih mengingat semua ini?
Biar cincai, biar penting, biar bepuluh tahun, biar baru semalam...
Kita tetap masih ingat...

Kenapa?

Kerana melupakan itu sukar!

2 comments:

{ Zurina J. } at: 17 Oktober 2011 pada 10:08 PTG berkata...

Ya, melupakan itu sukar... Sngat sukar.

{ Nrul Hearty } at: 17 Oktober 2011 pada 11:07 PTG berkata...

Aku juga mengakuinya.

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine