Kembali Ke Asal

Kawasan itu,
adanya pokok mangga...
adanya pokok rambutan...
adanya pokok jambu...
Meriah, bila sampai musimnya!

Kawasan itu,
adanya pokok-pokok hijau...
adanya sawah padi...
adanya reban ayam...
Sioknya, bila ada kenduri semua berkumpul!

Hanya menggamit kenangan lama dikampung ini...

Suasananya sudah berubah,
Yang dulunya dipenuhi pokok-pokok hijau,
Kini menjadi padang yang luas,
Bakal dibina rumah besar agaknya.

Suasananya sudah berubah,
Yang dulunya kawasan sawah padi,
Kini menjadi kawasan jiran tetangga,
Bakal bertambah lagi penghuni kampung ini.

Aku kembali seketika ke kampung ini,
Tidak asing bagiku tempat ini,
kerana inilah tempat aku dibesarkan,
tempat aku bermain,
tempat aku mengenal dunia,
Kampung inilah permulaan ku!

Ya, suasananya sudah berubah!
Walau besar perubahannya,
Walau kecil perkembangannya,
Aku pasti kembali ke tempat asalku!

Aku Asal Kampung!

2 comments:

{ Zurina J. } at: 26 April 2011 2:38 PTG berkata...

Gua pun org kampung! keh²

{ Nrul Hearty } at: 26 April 2011 3:20 PTG berkata...

@Zurina J.
Uik, ko pun men "gua" sdh skrg aa!
Hehehe!

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine