Nenekku Comel

Nenekku sedang khusyuk menonton tv.
Drama kegemarannya.

Mamaku menyuruh aku untuk mengajak nenekku makan.
Patuh arahan mamaku, aku menghampiri nenekku.
Bersuara dengan nada biasa, dengan jarak tidak sampai semeter.

"Bu...(panggilan manja nenekku), mari makan..."

Nenekku menjawab, "Hrmmm...."
Fikiranku, dia masih belum mahu makan sebab takut ketinggalan drama kegemarannya itu.

Selang 5 minit, mamaku menyuruh lagi dengan arahan yang sama.
Aku duduk rapat sebelah nenekku kemudian aku bersuara dengan nada yang sengaja ku tambah 1 level.

"Bu...mari makan. Makan udang...!"

"Siapa pula yang mahu kahwin ni...?" jawab nenekku sambil menunjukkan wajah comelnya.

"Hah?!" Aku menahan diri dari sebarang perlakuan yang mungkin bakal menguris hatinya. Aku cuba menahan. Kemudian masuk ke dapur. Aku mengadu dengan mamaku.

"Ma, nenek nda* mendengar ba...Mama la yang panggil dia"

"Ehhhhh, aku dengar la....", kedengaran suara nenek ku di ruangan tv yang jaraknya 5 meter dari dapur.

Pulaaaaa..... Hikhikhik!



Bahasa Sabah:
Nda = tidak, tak.

4 comments:

{ silent screamer } at: 30 September 2011 pada 2:21 PTG berkata...

Saya kenal itu nenek! :)

{ Nrul Hearty } at: 30 September 2011 pada 9:19 PTG berkata...

hahaha!
comel kan dia...
;)

{ annatiena } at: 1 Oktober 2011 pada 3:31 PTG berkata...

klakar'y nye nenek kamu =)

{ Nrul Hearty } at: 1 Oktober 2011 pada 9:02 PTG berkata...

Annatiena:

kelakar yang comel.. =)

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine