Kisah Aidiladha

Salam Aidiladha. Alhamdulillah, dapat lagi menikmati anugerah Allah swt kali ini. Syukur.

Seperti kelaziman bila Aidiladha, korban mesti ada dilakukan. Untuk orang dewasa, mestilah tugas-tugas menyembelih, melapah kulit, memotong daging etc. Untuk kanak-kanak, berlari berkejaran dengan perasaan gumbira teramat kerana dapat melihat dengan mata sendiri orang sembelih binatang. Dalam kesibukan orang bergotong-royong dan bersiap sedia untuk menyembelih, kedengaran suara kanak-kanak...

Kanak-kanak 1 : Cepat kamu cepat, mahu kena potong sudah kepalanya!
Kanak-kanak 2 : Mana? Mana? Mana? Tepi ko bah, aku nda nampak... Eh, kepala apa mahu kena potong tu?
Kanak-kanak 1 : Kepala kuda!

Pakcik yang memegang kaki kerbau sangat hairan, "Hah? Kuda?" lalu memandang ke arah pakcik yang sedang memegang parang ataupun si penyembelih. Pakcik itu terpaksa menghentikan bacaan doanya. Terganggu, kerana cucunya tidak kenal kerbau. Suasana menjadi riuh seketika. Geli hati dengan gelagat kanak-kanak tadi. Selepas keadaan reda, maka terkorbanlah kerbau itu.

P/S: Semoga para jemaah haji yang sedang melakukan ibadah di sana, dikurniakan kesihatan yang baik, dan mendapat haji yang mabrur. Semoga perjalanan pulang nanti sentiasa dilindungiNya. InsyaAllah, amin.

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine