BUZZ!!!

YM- Yahoo Mesenger.

Sebelum famous-nya facebook masa belajar dulu, YM-lah medium terpenting di kalangan pelajar. Betul, sungguh!
Ada facebook, tapi apa-apa hal hanya YM jadi pilihan.
Tidak ada masa untuk mengumpul atau meminta nombor telefon kawan, apatah lagi untuk call atau sms. Sungguh menjimatkan topup :)
Tapi lebih sanggup bertukar-tukar ID. Habis satu course punya ID ada dalam list YM. List ID pun beratus. Paling penting, WAJIB add ketua kelas! Lepas add, sudah approved, kemudian mulalah ber'buzz'... haha.. Siok kan? :)

YM-lah segala-segalanya pada masa itu.
Berita ka, pengumuman ka, gosip ka, apa-apa sahaja boleh diketahui melalui YM.
Pengumuman paling-paling-dan-paling ditunggu bila ketua kelas naikkan status "Kelas sekian sekian dan sekian BATAL!" Hahaha... Mulalah semua naikkan status yang sama. Itulah kelebihannya ada ID ketua kelas.
Yang penting sanggup duduk online berjam-jam, ataupun tak payah tidur. Takut tertinggal berita baik.

YM ni paling meriah bila musim 'deadline' assignment tiba...
Masa tu list ID semua 'menyala', tandanya tengah online-lah tu. Ada jua yang 'invi', tidak mahu diganggu kononnya padahal asyik dia yang datang buzz!!! haha...
Ada yang tengah bengang tajuk projek kena reject, ada yang tengah sakit hati kena redo,
Ada yang sudah siap, tengah happy cari service print, ada juga yang tengah tension printer rosak (akulah tu..haha).
Kalangan ketua kumpulan akan naikkan status "Sila hantar task anda sebelum jam sekian sekian sekian..."
Maka ahli-ahli semua letak tanda sign warna merah tu. Busy-lah konon!
Paling best dalam ramai-ramai list ID tengah tension menghadapi 'deadline' ni, ada juga yang boleh slumber naik status tengah update list lagu-lagu baru. Waaaaa...tension tak berkesudahan nampak gayanya pada mereka yang tak siap assignment lagi! Yelah, orang lain kan dah siapppppp.... ;)

Bila semua assignment sudah dihantar dan selamat sampai di tangan lecturer,
Apalagi, status semua berubah...
"Sleeping beauty" lah, "Bayar tidur..." lah, "Away..." tapi berjam-jam! Haha!

Sungguh berjasa YM dulu kan...
Kebetulan time dekat-dekat habis study barulah facebook naik, time tu kiranya semua baru ada account.
Habis study, YM pun tidak ada lagi yang menyala.
Semua beralih pada facebook.
Secanggih-canggih facebook sekarang, aku tetap suka YM sebab hanya YM sahaja boleh bagi bunyi BUZZ!!!
Kan? Lagi best bila emoticon yang cute tu berfungsi... "OK ka lang...?" Haha!

Family HE 23, kenapa YM kamu "tidur"? Rindu lah...
Jom YM!

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine