Surat Cinta Pertamaku


Penghujung petang jumaat semalam...
Hatiku berdebar-debar...sangat berdebar...
Jantungku berdegup kencang...sangat kencang...
Buat aku tidak keruan...

Dengan tangan kananku,
Aku menerima surat cinta pertamaku...
Sungguh indah sekali perasaanku tika itu...
Bagaimana hendak digambarkan...

Membaca kandungan surat cinta pertamaku,
Cukup lengkap dengan tarikh,
Cukup lengkap dengan lokasi,
Cukup lengkap dengan tandatangan...
Indah kata-katanya...
Kata-kata yang tidak perlu kiasan buat aku mengerti serta merta tujuan utama surat cinta itu diutuskan kepadaku.
Alasannya sangat kukuh!

Senyumanku mati.

Terima kasih jejaka beruniform biru gelap atas utusanmu.
Khidmatmu pada negara dilaksanakan dengan sebaiknya! Tahniah!

Kini giliranku berkhidmat pada negara dengan membayar SAMAN atas kesalahan
"Melakukan halangan yang tidak dikehendaki kepada lalu-lintas"

Aku kena saman! T________T


Sekian, terima kasih!

P/S: Mungkin kurang bersedekah....

9 comments:

{ Zurina J. } at: 24 September 2011 10:14 PTG berkata...

Kah kah kah.
Pasrah dang...:p

{ Alfian J. } at: 24 September 2011 11:16 PTG berkata...

kah3. apa mksd 'hlgn yg tdk dkehendaki d lalulintas'? Apa ko buat?

{ Nrul Hearty } at: 25 September 2011 9:57 PG berkata...

@Zurina J

Ku pasrah ku akur dang..
nipis sdh purse ku! uhuk2!

{ Nrul Hearty } at: 25 September 2011 9:58 PG berkata...

@Alfian J.

Itu kesalahan no.2 yang sangat femes! Senang cerita, parking keta! haha..Sukati parking, senang ati dpt surat cinta. Ko mau cuba?hehehe

{ Fadzmie Mohamad } at: 25 September 2011 1:22 PTG berkata...

Haha. Sekali surat saman daa. Ni mesti parking kereta di tempat bukan tempat parking ni kan? Haha.

{ ~NiZa Maksit~ } at: 25 September 2011 1:44 PTG berkata...

hahahahahhaa...sy harap sy tidak akan dpt surat2 cinta dr abang polis. kikikiki~

{ carol peter } at: 25 September 2011 4:22 PTG berkata...

surat cinta yang kena bayar...kekekek

{ Nrul Hearty } at: 25 September 2011 8:19 PTG berkata...

@Fadzmie Mohamad

Aha, selama ni selamat parking di tmpt bukan parking. tapi kali ni ja nda selamat....

{ Nrul Hearty } at: 25 September 2011 8:20 PTG berkata...

@Niza Maksit:

"rezeki" datang tidak mengira masa..hikhikhik

@Carol:

Berbakti untuk negara...hehe

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine