Rezeki Kita


Mereka dilahirkan pada tahun yang sama, tapi...
Seorang dari keluarga sedikit berkemampuan, seorang lagi sangat sederhana,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka belajar dalam kelas yang sama ketika di sekolah, tapi...
Seorang sangat cemerlang, seorang lagi hanya cukup-cukup makan,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka calon-calon harapan SPM, sama-sama berjuang, tapi...
Seorang dapat masuk universiti, seorang lagi mula bekerja,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka sepupu, membesar bersama tapi...
Seorang merupakan bos besar, seorang lagi hanya kakitangan biasa,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka sama-sama punya lesen memandu, tapi...
Seorang pandu kereta import luar negara, seorang lagi pandu kereta kecil,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka sebaya tapi...
Seorang telah berkahwin, seorang lagi masih membujang,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Mereka sama-sama perempuan tapi...
Seorang telah punya anak, seorang lagi baru nak kahwin,
Rezeki kita ditentukan berbeza-beza.

Hrmm!! Faham ke tidak ni?
Kan dah cakap... "rezeki kita ditentukan berbeza-beza..."
Jadi, buat apa untuk kita banding-bandingkan?
Allah sudah kita bahagikan rezeki ikut bahagian masing-masing, janganlah pertikaikan.
Allah kan tahu yang terbaik untuk kita, jadi lebih baik kita mensyukuri setiap kurniaan nikmat.
Jelas?! Alhamdulillah... semoga kita sentiasa beringat.

"Dengan nama Allah atas diri, harta dan agamaku. Ya Allah, Ya Tuhanku, redhailah aku dengan ketetapanMu, dan berkatilah dengan apa yang telah ditetapkan kepadaku, sehingga aku tidak perlu terburu dengan apa yang Engkau tangguhkan, dan takkan tertunda sesuatu yang sudah sampai masanya." Amin...


2 comments:

{ Zurina J. } at: 5 Oktober 2011 8:32 PTG berkata...

SubhnAllah....

Fahm dang, faham... Selamat Maju Jaya! :)

{ Nrul Hearty } at: 5 Oktober 2011 9:32 PTG berkata...

Alhamdulillah...
Usah pertikaikan lagi :)

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine