Pusing-pusing...

Pernah dulu aku berkata,
"Lenyapkan segala tentangnya dari hidupku!"
Fuh, cukup angkuh bunyinya kan...

Hari ini,
Geli hati mengingatnya kembali.
Kerana kelmarin,
Gurauan dengan salah seorang kawan di "pejabat" (akan menjadi pejabat untuknya tidak lama lagi...hihi),
buat aku teringat kisah lampau!
Macam lah lampau sangat.hehehe..
Ditegaskan di sini,
Aku hanya teringat, bukan merindui! (Dua perkara yang berbeza!)
Betul kata kawanku, "Ini semua kenangan..."
Aku hanya tersenyum...
dan aku akui...
"Ya, ini semua kenangan!"
Pernah dulu,
Aku tidak mahu apa-apa sahaja berkaitan dengannya,
Sikit pun tidak mahu...
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang baik untukku...
Dipertemukan aku dengan salah seorang kawannya...
Yang kini kawannya itu juga menjadi salah seorang kawanku...
Hahaha...Lucu kan?!
Bak kata kawan ku...
"Pusing-pusing, itu-itu juga kawanku..."



Betul, dunia ini kecil sahaja.
Ke kiri dia, ke kanan mungkin kawannya,
Di belakang bermusuh, di hadapan bergaduh...
Apa pengakhirannya?
Untuk mengelak sejauh mungkin, tiada gunanya...
Kerana bumi ini bentuknya sfera kan? (cukup dalam maksud ayatku ini...)

Kini, aku sudah memahami...
Tidak perlu risau mahupun bimbang untuk yang berkaitan dengannya...
Kerana aku sudah melalui perkara yang sangat sukar dalam hidupku...
Jadi, untuk perkara yang sebegini,
Aku boleh melaluinya setenang mungkin, Insya'Allah...

Notahati: Perjalanan berliku demi menemui Mr.A+ ku... Ahahaha!

9 comments:

{ a.g } at: 13 April 2011 1:06 PTG berkata...

'pusing-pusing tetap sama'
(kerna dunia ini spera)

berbalik dengan hukum karma kehidupan kita. apa d kejar itu pastinya mjd amat sukar. jgn pernah buang dia kerna dia mcm kita. yg bezanya 'hubungan'. suatu ketika dahulu kita pernah merancang tp pa d rancang itu sukar d perolehi.

'nda sanggup disakiti oleh dia kerna aku syg dia'
(perlu d buang)

{ rahmat } at: 13 April 2011 2:42 PTG berkata...

kongsi bersama

{ Nrul Hearty } at: 13 April 2011 2:47 PTG berkata...

AG:
hahaha...
segalanya sudah dibuang ba...
yg baik2 ja diingat...
nti nda diingat dicakap lupa diri pla...ingat ja bukan rindu ok!
jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..aisey!!!...

aku masih nda phm ayat kedua tu wang...hehe

{ a.g } at: 14 April 2011 12:55 PG berkata...

detik tetap d teruskn..
usia tetap meningkat...
namun sejarah x kn berubah..
tapi hati tetap sama...

(pandai2 ko pahamkn ayat d atas dgn ayat kedua coment 1)
hahahhahahahhaa

hapy besday..moga d berikn kesihatan, rezeki, jodoh (plg utama..haha), sukses dlm pa jgk..amin.

{ Nrul Hearty } at: 14 April 2011 11:02 PG berkata...

haha...
ya..hati tetap sama...
tapi perasaan sdh berubah! hahaha
kan...? =p

meriah betul bfday ku smpai d blog ba..mmg bkin pnas ni...hehehe

terima kasih atas doamu wang..paling like tu doa yg "paling utama tu.."hehehe

{ a.g } at: 14 April 2011 12:22 PTG berkata...

alang kahhh besttt nya klu dia ada komen cnieeeee a.k.a mengharap...plzzz....hahahhahaa

{ Nrul Hearty } at: 14 April 2011 2:54 PTG berkata...

hahahaha..punya la ko ni wang...
Karang dicurigai status kitani!
trus ko pun d block nya jua..wakakaka...
Aish..bila ka kisahnya berakhir ni...hehehe...aku dtinggalkn d hari jadi ku baaaaaaaaaaa....... sdh la..huhuhu

{ Zurina J. } at: 14 April 2011 6:06 PTG berkata...

Alamak! terkenang... bukan rindu ya...ia dua perkara yang berbeza..ehehe.

{ Nrul Hearty } at: 16 April 2011 7:57 PTG berkata...

@Zurina J.
dua perkara berbeza...
hehehe...ditekankan lagi...
BERBEZA..hehehe!

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine