Lepas satu, satu...

Lepas satu...satu...

Sudah satu...satu lagi..

Adakah ini keluhan?
Bukan, ini hanya luahan...

Ujian demi ujian yang datang,
bukan sedikit, bukan juga banyak,
Cukup sekadar menguji kemampuan diri ini.

Aku mahu berjaya!
Ya, ini keinginan ku.
PTS permulaanku, UPSR pertamaku...
PMR ujianku, SPM ceritaku...
STPM kesungguhanku..punya ijazah kepuasanku!

Sudah melalui semua laluan,
Tapi aku masih ingin berjaya!
Tamakkah aku?
Oh, tidak!
Kali ini,
maksud 'berjaya' bukan lagi merujuk kepada akademik semata-mata,
Kali ini,
maksudnya lagi besar!
merencana misi lagi luas!
mengejar cita-cita yang lagi hebat!

Lumrah alam,
lagi tinggi yang hendak digapai,
lagi hebat ujian dariNya.

Kini, aku sedang melaluinya!
Demi cita-cita tinggiku,
Satu-satu datang menduga ku,
Selalu-selalu aku mengadu penat,
Kadang-kadang aku berkata kuat!

Lepas satu...satu...

Sudah satu...satu lagi..

Bersabarlah wahai Hati,
Dulu, laluan mu cukup mudah.
Kini, laluan mu sedikit berliku.
Jangan risau, ia sekejap sahaja...
Ujian dan dugaan inilah menunjukkan betapa mahalnya cita-citamu!
Pasti manis bila kamu menggapainya nanti!

Ingat!
Yang gelap pasti terang,
Yang suram pasti riang!

Notahati: sebagai motivasi untuk diri sendiri yang sedang tidak bersemangat!

1 comments:

{ kyrill } at: 28 April 2011 9:52 PG berkata...

Gloomy gone,the rainbow come and shining...remember this & always smile :-)

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine