BOTM Edisi Oktober: Nama Puraku.

Penyertaan BOTM kali pertama, 'tema' yang best untuk dikongsikan'. Thanks WSB!

Nama puraku O'yoie.
Macam weird kan bunyinya? Haha... Itulah O'yoie.

Bagaimana aku mendapat nama puraku lama sudah ku ketahui.
Terus terang tidak ada aku bertanya, tapi keluargaku dengan sendirinya menceritakan padaku.
Setelah aku mengetahui asal usul nama puraku, jujur aku sedikit malu pada ketika itu.
Serta merta menjadi bahan tawa adik beradikku.
Ah, mungkin pada usia kanak-kanak, aku agak tidak paham untuk bersikap "sporting".

O.Y.O.I.E... O'yoie...
dari mana asalnya?
Bukan daripada datukku, bukan jua daripada nenekku...
Tidak daripada arwah bapaku, tidak jua dari mamaku...
Juga sama sekali tidak daripada adik beradikku...
kerana cukup pasti...dan pasti...

Ketika melihat gambar ini, lalu bertanya kepada Mama.
O'yoie: Ma, kenapa pakaikan tudung hijau sedangkan bajuku pink? Nda ngam.
Mama: Dulu kau tidak secerewet hari ini.
O'yoie: Bah, baiklah X_x


Nama itu daripada "bekas kekasih" makcikku...diulangi... "bekas kekasih"... Ok?
(Masih terngiang-ngiang ketawa bahak abangku masa mamaku ceritakan kisah ini suatu ketika dulu...)

Nama O'yoie ini sebenarnya nama bekas kekasih makcikku.
Kononnya, ketika aku belum sampai setahun usiaku, makcikku datang membawa bekas kekasihnya untuk diperkenalkan kepada datuk dan nenekku.
Kononnya lagi memandangkan pada ketika itu, aku masih lagi bayi maka dengan penuh sukalah aku dipangku, dipeluk, disayang oleh mereka-mereka.
Dan pada masa itulah kononnya lagi-lagi-lagi-dan lagi, aku sangat "menyukai" bekas kekasih makcikku.
Aduh, ketara sangat aku tidak pandai menyembunyikan perasaanku kan?
Oh, tidak sama sekali aku menyukainya. Mungkin reaksi ketika kecilku itu telah disalahertikan. Hahaha...

Sudah tertulis di Luh Mahfuz, makcikku tidak berjodoh dengannya, maka namanya itu diwariskan padaku. Tambahan lagi, mereka mengatakan wajah ketika aku kecil itu seiras dengan bekas kekasih makcikku. Apa perasaan makcikku ketika itu, aku tidak tahu. Ingin juga aku bertanya mengapa nama itu diwariskan padaku, tapi agak risau kalau-kalau rice cooker panas terbang melayang. Lebih baik berdiam sahaja. hehe!

Disebabkan nama O'yoie hanyalah nama pura, jadi fungsinya pun sangatlah pura-pura.
Nama ini hanya ahli keluarga dan sepupu sahaja menggunakannya. Tapi nama ini sudah semakin jarang-jarang digunakan untuk memanggil aku. Sekarang ahli keluargaku lebih senang memanggil aku dengan nama betulku Nurul (ejaan Noorul).
Bukan nama puraku telah dilupakan tapi nama puraku O'yoie juga telah diwarisi oleh anak buahku.
Nama anak buahku Amirul, dan nama puraku telah diserahkan padanya menjadi nama MI'YOIE.
Untuk mengelakkan kekeliruan, aku beralah pada Mi'yoie.

O.Y.O.I.E.
Weird tapi unik.
Nama pura yang kini menjadi nama warisan.

*Khabarnya bekas kekasih makcikku orang Sarawak. Bila tidak berjodoh, sehingga kini tiada khabar berita. Semoga dia berbahagia walau dengan siapa, walau dimana dia berada, InsyaAllah.

13 comments:

{ Zurina J. } at: 24 Oktober 2011 11:06 PG berkata...

Peh! Terbaik dang!
Aku suka banar ceritamu... Keh3

{ Nrul Hearty } at: 24 Oktober 2011 11:11 PG berkata...

Aku spt mendengar tawa mu d sini dang! Adeyh X_x

Supan ku!

{ Zurina J. } at: 24 Oktober 2011 12:02 PTG berkata...

Aku banar-banar suka bah lai... Ndapayah supan-supan... Bekas kekasih tu paling manang. ahah!

{ AQuezyeZye } at: 28 Oktober 2011 7:45 PTG berkata...

nice story yayayayayati..macam terimagine ko pny cerita tu seperti drama petang2..hahahahaha apapun terbaeeeeeeeeeeeek!

{ Nrul Hearty } at: 29 Oktober 2011 8:09 PTG berkata...

@AquezyeZye:

TQ sgt2 la atas imaginasi mu. Imaginasi yg hebat jua tu..kan jijijijijijiji :p

{ p[A]n[A]d[0]L© } at: 2 November 2011 3:39 PTG berkata...

unik siot namamu nie cewek.. ;)

gudluck k.. ^^

{ Nrul Hearty } at: 2 November 2011 9:49 PTG berkata...

@ Panadol :

Kunun ja unik...hehe. Nway, TQ..

{ Nurul Aima Hj Kaim } at: 6 Disember 2011 11:18 PTG berkata...

KAH KAH KAH! nice entry :)

{ ~NiZa Maksit~ } at: 7 Disember 2011 7:34 PG berkata...

o'yoie..................tahniah! hehe

{ Amiirah-Cassan } at: 7 Disember 2011 5:36 PTG berkata...

best best ! haha tahniah menang ya oyoie

{ ✿Cik Suer✿ } at: 8 Disember 2011 10:58 PG berkata...

o'yoie mantapla... hadiah kongsi2 arr... ngeee :)

{ Nrul Hearty } at: 8 Disember 2011 2:01 PTG berkata...

Yeyeh menang! Percubaan pertama kali membawa tuah. Syukur Alhamdulillah. :) TQ kawan-kawan...

perlu ka aku buat ucapan mcm artis? hehe

{ Nrul Hearty } at: 8 Disember 2011 2:02 PTG berkata...

Suer: Hahaha! boleh ba klu ko.. tp ko belanja aku kfc aa..hehe

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine