Pelik!

Pelik...
Memang pelik!
Mood "baking" datang dengan tiba-tiba petang tadi.

Petang tadi berjaya siapkan kek.
Kek biasa-biasa saja.
Masa mula-mula buat kek, sudah rasa pelik!
Bukan kek tu rasa pelik, tapi aku yang diri aku terasa macam ada sesuatu yang pelik!
Ehm, kenapa aaa...?
Tapi proses buat kek tetap diteruskan.

Telur,
Tepung,
Mentega,
Semua bahan sudah sebati...
Kemudian masuklah dalam oven.
Ehm, rasa pelik lagi!
 
Ting!!!
Kek masak!
Bau sedap!
tapi tetap fikir "kenapa aku rasa pelik ja aa...?"

Potong kek,
Makan kek,
Ehm... Ok ja pun kek tu... Sedap! (Memujuk diri agar tidak rasa pelik lagi!)

Kemas balik dapur dan segala perkakasan yang telah digunakan.
Toing!!! Terpandang pada sesuatu!
Aik? Terus tertanya pada diri...
"Aku guna benda ni ka tadi buat kek?"
"Hah?!"
"Aaaaa?!"
Patutlah berjam-jam aku tunggu adunan tu kembang!!!
Rupanya aku guna spiral beater!
Sepatutnya guna four blade beater!
Aduhhhh....tapi nda apa la...
Siap juga kek tu! Habis juga sudah dimakan! hehe!

Cuma terfikir...
Macam mana aku boleh guna spiral beater yang selama ni aku nda pernah guna?
Ya, memang pelik!
Benda ni la yang buat aku rasa pelik!
P/S: I'm still curious!

2 comments:

{ Zurina J. } at: 17 Julai 2011 pada 11:27 PTG berkata...

Kah³ punyalaaa.....

{ Nrul Hearty } at: 17 Julai 2011 pada 11:35 PTG berkata...

dengar sampai sini ketawa mu dang! :p

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine