Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan

Sungkai - August Ended

Selamat Hari Raya :)



Raya Pertama:
Popia yang menjadi punca senyum tawa kami sekeluarga.


Bersawang, tanpa update.

Catatan 25 Ramadhan (lalu) tahun ini.....

Calculator,
Statement of account,
System, PC, telephone,
Pen, pencel, paper clips,
etc.

Air mineral.

Terima kasih kerana menjadi pengganti hidangan bersungkai setiap hari di ofis.

Mr.D, Mrs. D,
terima kasih menjadi peneman bersungkai setiap hari bekerja.

Next year,
Insya'Allah, kalau ada umur yang panjang,
dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang,
I'll make sure, aku tidak berbuka di ofis lagi.. (kalau boleh lah...).
-mula berangan bersungkai dengan 'my own family'! hahaha!-

Bersungkai di ofis pengalaman berharga.

August Ended!!!
Read more

Rutin! [update]

Antara suka dan duka,
Hampir 3 bulan rutinku berubah. Berubah serta merta.

Mencelikkan mata dikala orang lain kelam kabut memulakan kerja.
Memulakan kerja dikala orang lain menikmati santapan tengahari.
Kerja semakin bertimbun dikala orang lain sudah habis waktu bekerja.
Tssskkkk T___T

Ok, fine. Waktu kerja kita tidak sama. Sungguh berbeza.

Waktu bekerja:
10.30am-8.30pm

Pergi kerja, balik kerja, jalan raya kami yang punya.
Terhindar  dari stress kesesakan jalan raya tetapi membawa stress kerja yang menggunung. Sabar...
Read more

Cuma...

Mengenalimu tidak dijangka,
Berkawan dengan mu tidak disangka,
apatah lagi bersahabat dengan mu, sungguh tidak diduga.

Jujurnya, aku agak senang mengenalimu,
Gembira berkawan denganmu,
Bahagia bersahabat denganmu.

Cuma berkawan, cuma bersahabat.
Hanya itu.

P/S: Tidak mahu mengecewakan siapa-siapa.
Read more

Rutin Baru

Lewat petang ini....
Lama tidak update...
Alhamdulillah, mendapat khabar baik tadi...
Usaha selama sebulan akhirnya berbayar jua.

Rupanya sudah sebulan melalui rutin baru ini.
Sebulan? (dalam kiraan sebenar sudah sebulan seminggu).
Hrmmmmmm... Bukan aku mengeluh (mungkin juga aku memang mengeluh),
bila teringat rutin baru ni, buat aku berfikir panjang...

Rutin kali ni agak mencabar. Semua berlaku di luar dugaan.
Awal² rutin, memang agak sesak saluran pernafasan. Seperti ada yang menyekat.
Bila hendak menghembus nafas, bunyinya seperti lebih mengeluh.
Ehm, jujurnya, ya aku agak tekanan kali ini. Terus terang, aku hampir sahaja berputus asa.
Hendak sahaja aku menamatkan rutin ini, tapi belum ada lagi jalan untuk menjadi alasan kukuhku meninggalkannya.

Bertahankah aku?
Hrmmm... hrmm... hrmm...
Tidak mengapa...lalui sajalah pada waktu ni..
nanti cukup masa, punya alasan kukuh,
rutin ini akan ku berhentikan, demi rutin yang ku inginkan.

Bertahan wahai diri. Bertahan wahai hati.
Read more

Tarikh itu...

Beberapa bulan, beberapa minggu lalu,
Tarikh itu tidak membawa apa-apa makna...
dan malam beberapa hari yang lalu,
Aku teringat kisah yang tidak seberapa dulu...dan aku teringat "tarikh itu".
Sekaligus rasa rindu itu datang tanpa dapat ku halang walau sedikit.
Ya, aku rindu.
"Cardigan and V-neck,
Guitar and acoustic,
KFC and McD icecream,
The Black Pearl and Jack Sparrow..."

Untuk mengenalimu apa kesukaanmu sekejap sahaja, dan untuk mengingatinya juga mudah,
Read more

BUZZ!!!

YM- Yahoo Mesenger.

Sebelum famous-nya facebook masa belajar dulu, YM-lah medium terpenting di kalangan pelajar. Betul, sungguh!
Ada facebook, tapi apa-apa hal hanya YM jadi pilihan.
Tidak ada masa untuk mengumpul atau meminta nombor telefon kawan, apatah lagi untuk call atau sms. Sungguh menjimatkan topup :)
Tapi lebih sanggup bertukar-tukar ID. Habis satu course punya ID ada dalam list YM. List ID pun beratus. Paling penting, WAJIB add ketua kelas! Lepas add, sudah approved, kemudian mulalah ber'buzz'... haha.. Siok kan? :)

YM-lah segala-segalanya pada masa itu.
Berita ka, pengumuman ka, gosip ka, apa-apa sahaja boleh diketahui melalui YM.
Pengumuman paling-paling-dan-paling ditunggu bila ketua kelas naikkan status "Kelas sekian sekian dan sekian BATAL!" Hahaha... Mulalah semua naikkan status yang sama. Itulah kelebihannya ada ID ketua kelas.
Yang penting sanggup duduk online berjam-jam, ataupun tak payah tidur. Takut tertinggal berita baik.
Read more

Masih ingat lagi...?

 

Masih ingat lagikah....

Kawan kita tadika ketika umur 5 tahun?
Kawan baik kita sekolah rendah?
Cikgu paling garang?
Cikgu paling disayang?
Keputusan PMR?
Dimarahi ibu?
Ditegur bapa?
Keputusan SPM?
Keputusan STPM?
Read more

Semangat padanya...

Terubat rasa rindu ini bila bersua dengannya beberapa hari lalu. Pertemuan yang sering kami rancang tapi kerap kali tertangguh. Selepas setahun berlalu, dengan keizinanNya akhirnya kami bersua kembali. Ya, mungkin ada yang berpendapat setahun itu bukan tempoh yang lama. Tetapi setahun itulah telah merencanakan pelbagai cerita tentang dirinya, suka mahupun duka.

Tatkala mendengar suaranya memberi salam depan pintu rumahku, aku menyahut salam itu dengan nada penuh gembira dan jujur aku melompat bila melihat dia sudah berada didepan mataku. Ku peluk erat dirinya, ku rasa satu semangat sangat kuat dalam dirinya. Dinyatakannya rindunya padaku, aku jua begitu. Senyuman yang cukup manis bertambah manis apatah lagi kini dia memang semakin cantik. Katanya itu hanya kuasa calitan. Biasa-biasa sahaja. Tapi bagiku, dia tetap cantik lagi-lagi bila dia merendah diri.

Pertemuan yang hanya memakan masa 3 jam telah membuka satu cerita yang sangat mengejutkan. Sangat-sangat mengecewakan atau lebih membawa makna yang mendukakan. Mendengar kisah itu, aku lebih banyak mendiamkan diri. Dengan tidak langsung, telingaku sengaja ku pinjamkan padanya, dan hatiku menyelami sebaik-baik kisahnya. Hampir sahaja air mataku mengalir, tapi ku lihat dia masih tersenyum manis. Serta merta ku tahan air mata ku daripada mengalir.

Read more

Sedikit Cerita

Minggu Syawal yang sangat bermakna. Biarpun sudah menghampiri penghujungnya.
Terasa lagi kemeriahannya bila jemputan 'openhouse' masih lagi dikhabarkan.
Makan, makan dan makan terusssssss! :D 
No worry pasal gemuk sebab badan ku tetap menten! (belagakkkknya miahahaha XD)

Kebetulan minggu lepas, cuti hujung minggu agak panjang sedikit (Selamat Hari Malaysia!), keluarga sebelah mama ada gathering. Wah, best bila semua dapat berkumpul.
Rasa seperti raya pertama pun ada. Cuma bezanya tidak berbaju raya (ok, lupakan cerita baju raya T_T). Awal raya tu tidak semua yang balik kampung, jadinya hari Malaysia dijadikan hari kami berkumpul. Best!
Paling best bila dapat jumpa sepupu-sepupu kecil. Hahaha, agaknya memang untung mereka berjumpa diriku yang agak 'peramah' dengan budak-budak. XD.
Ok, fine! bukanlah peramah tapi 'pengacau' yang amat sangat! Emosi budak-budak tu! hikhikhik!
Mangsa ku pada hari tu, my lil cousin, Anas. 4tahun agaknya lah...
Gara-gara dia suka pukul kakaknya yang sopan dan tidak bersalah, makanya datang diriku menjadi pembela!
Read more

10 tahun dulu...

Tanggal hari ini 14 September, 10 tahun yang lalu...
Secerah-cerah pagi Jumaat itu bertukar menjadi mendung...
dan akhirnya hujan turun membasahi bumi.

Tidak siapa pun menyangka tanggal 14 September itulah kali terakhir kami bersama.
Pada tarikh sepatutnya usianya genap 53 tahun, akhirnya menjadi tarikh untuk dia pergi jauh.
Jauh dari Mama, jauh dari abang, jauh dari kakak, jauh dariku dan jauh dari keluarga ini.
Itulah perjanjiannya dengan Ilahi.
Jangan ditanya soal rindu, mudah sahaja air mata ini mengalir.
Menjadi anak bungsu yang paling rapat dengannya bukan perkara mudah untuk melaluinya tatkala usia masih lagi muda.
Bila menjadi mangsa buli abang-abang dan kakak, namanya juga ku jerit...
Bila merajuk, bila sakit pada siapa ku mengadu, dirinya juga ku cari...

Kini, hanya doa yang dapat ku kirimkan sebagai penyambung kasih yang tidak pernah putus.
Semoga dia tenang di sana bersama para solihin dan syuhada' yang dikasihi Allah.

Kami tidak pernah melupakanmu wahai Bapa... Al-Fatihah...
Read more

Cuma diam...

Jelas, ada kerunsingan dihatimu,
Mungkin banyak, mungkin sedikit.
Aku tidak tahu.

Aku ingin bertanya,
cuma khuatir disalah ertikan.

Ku lihat kini kau lebih senang men'sibuk'kan diri.
Agar segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Berfikir bukan-bukan mungkin akan menjejaskan dirimu.

Baiklah kalau begitu.
Tidak perlulah aku mengambil tahu.
Fikiranku, bimbang kalau-kalau pertanyaanku nanti menyinggung mu.
Jadi lebih baik aku berdiam diri sahaja.

Ku doakan baik-baik untukmu.

P/S: Hanya tidak mahu menjadi punca.
Read more

Iftar 23 Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini dapat juga berbuka bersama keluarga besar.
Seperti ditunggu-tunggu, akhirnya dapat jua tradisi Ramadhan keluarga ini diteruskan.
Memang rasa best bila kita duduk makan beramai-ramai.
Lagi-lagi dengan keluarga sendiri.
Nikmatnya melimpah ruah.
Makanan yang kurang enak pun jadi sangat sedap.
Yang sedikit pun tampak banyak.
Syukur Ya Allah atas nikmatMu...
 
Bila sudah berkumpul ramai-ramai,
confirm la keriuhan itu menjadi-jadi.
Ni belum raya lagi, kalau raya...lagi riuh la gayanya!
Walau bagaimanapun,
Read more

Tekidum-kidum

Kotak memori ku,
Arghhh...lebih 36 jam ia mengalami gangguan,

Dengan sendirinya ia menjadi padat,
Penuh dengan segala cerita,
Sesak dengan pelbagai kisah...

Gangguan apakah ini?
Otakku hanya memproses ingatan wataknya...

Impaknya pada urat mulutku,
Tidak berhenti tekidum-kidum...
Kesannya juga pada jantungku,
Adakala degupannya laju...

Gelombang mu kali ini benar-benar sampai,
Terima kasih ya buat aku tekidum-kidum...

Tekidum-kidum (Bahasa Brunei) = Tersenyum-senyum

P/S: Lain kali kirimkan gelombang yang kecil ukuran Hertz nya agar aku sedikit tenang... Hehe!
Read more

"Kondisna"

Awal pagi....
Sesiapa pun pernah merasa perebutan bilik mandi...
Lagi-lagi pada yang terbangun lewat. Cukup bermakna.
Perebutan berpakej dengan kebisingan!

Ini cerita pagi kelmarin.
Bila Cik Uda dengan semangat bangun awal dan mandi.
Manakala Cik Bongchu terbangun lewat sedikit dari dia.
   
    Cik Bongchu: Uda, boleh cepat sikit ka? Orang lain pun mahu mandi juga bah...

    Cik Uda: Kejap ba, Uda mau shampoo lagi.

Alamak... Inilah masalah bila dia yang mandi dulu...
Cukup dan terlebih lambat!

Selang beberapa minit,

    Cik Bongchu: Sudah ka belum?
Read more

Misi Mencari

Assalamualaikum....

Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu...
Janji ALLAH pastiku pegang...

Dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik"...
InsyaALLAH...

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...


Read more

Senyum... Senyum!

Kini dan terkini...

"New Microsoft Office,
New Winamp,
New Photoshop,
New Photoscape,
New Folder!"

Itulah yang sedang aku miliki kini..
Sangat suka...
Sangat gembira...
Sangat bahagia...
Terima Kasih banyak-banyak...

Sampai bila?
Semoga kali ini lebih berpanjangan jodoh kami..hikhikhik!
Kini sudah pasti,
Aku tersenyum jua akhirnya!
hihi!

P/S: Boleh sudah blogging banyak2..hihi
Read more

Lepas satu, satu...

Lepas satu...satu...

Sudah satu...satu lagi..

Adakah ini keluhan?
Bukan, ini hanya luahan...

Ujian demi ujian yang datang,
bukan sedikit, bukan juga banyak,
Cukup sekadar menguji kemampuan diri ini.

Aku mahu berjaya!
Ya, ini keinginan ku.
PTS permulaanku, UPSR pertamaku...
PMR ujianku, SPM ceritaku...
STPM kesungguhanku..punya ijazah kepuasanku!

Sudah melalui semua laluan,
Tapi aku masih ingin berjaya!
Tamakkah aku?
Oh, tidak!
Read more

Kembali Ke Asal

Kawasan itu,
adanya pokok mangga...
adanya pokok rambutan...
adanya pokok jambu...
Meriah, bila sampai musimnya!

Kawasan itu,
adanya pokok-pokok hijau...
adanya sawah padi...
adanya reban ayam...
Sioknya, bila ada kenduri semua berkumpul!

Hanya menggamit kenangan lama dikampung ini...

Read more

Kala Itu...

On laptop,
Tengok desktop background...
Aku bermonolog : "Hrmm, bosan! Tukar lah gambar lain!"
(padahal baru semalam tukar...hihi)

Buka folder,
Buka folder dalam folder,
Jumpa folder,
Tengok gambar,
Aku bermonolog lagi : "Mana satu aa yang smart?"...
Sambil menjeling ke sudut bawah sebelah kanan di laptop ku...
"No internet access" (sudah ku agak..hrmm..)
Tengok gambar semula... "Ok, yang ni la guna..."
Done!

Apa lagi aa mahu dibuat?...
Blurrr*

Hrmm...
Buka folder semalam punya task,
Baru sikit rupanya... Nda apa, banyak masa lagi!
Miahahaha XD
Tambah sikit lagilah...

Beberapa ketika kemudian,
Chapter pertama sudah siap! YES!!!
Mata terus ke arah jam...
Jam menunjukkan 9.15 pagi!
ADOIIII...Masih pagi rupanya!
Bagaikan sudah berjam-jam aku di sini!

Apalagi aku perlu buat ni?
Hrmmm....

Read more

Kala Ini...

Mood: Amat mengantuk!

Buka folder, tengok isi folder,
Folder ni nda best!... Tutup folder....
Buka folder baru, tengok isi folder,
(Senyum-senyum bila melihat kerenah Ahli Bikin Panas dalam gambar), tutup folder lagi...
Buka folder baru lagi, tengok-tengok isi folder lagi...
Hampir terburai tawa hilaiku...
Sebelum kenapatan, tutup folder capat-capat...

Pura-pura cool!

Pandang ke handphone...
Tiada mesej, tiada panggilan masuk...
Hanya kelihatan bateri tinggal 3 bar...

Kosong!


Read more
 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine