Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Satu hari...

Dalam kehidupan kita...

akan ada satu hari yang membuatkan kita menjadi sangat sibuk,
tangan kanan bergerak, tangan kiri juga bekerjasama.

akan ada satu hari yang membuatkan kita punya masa yang sangat lapang,
sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

akan ada satu hari yang membuatkan kita menjadi sangat stress,
otak dipaksa berfikir, hati terpaksa bertahan.

akan ada satu hari yang membuatkan kita sangat bahagia,
senyum sampai ke telinga.

akan ada satu hari yang membuatkan kita asyik berasa lapar,
...satu hari yang menjadikan kita sangat malas,
...satu hari yang menjadikan kita tiba-tiba rajin,
...satu hari yang membuatkan kita sangat sedih...

...............
...............
...............
...............
Read more

Kisah Aidiladha

Salam Aidiladha. Alhamdulillah, dapat lagi menikmati anugerah Allah swt kali ini. Syukur.

Seperti kelaziman bila Aidiladha, korban mesti ada dilakukan. Untuk orang dewasa, mestilah tugas-tugas menyembelih, melapah kulit, memotong daging etc. Untuk kanak-kanak, berlari berkejaran dengan perasaan gumbira teramat kerana dapat melihat dengan mata sendiri orang sembelih binatang. Dalam kesibukan orang bergotong-royong dan bersiap sedia untuk menyembelih, kedengaran suara kanak-kanak...

Kanak-kanak 1 : Cepat kamu cepat, mahu kena potong sudah kepalanya!
Kanak-kanak 2 : Mana? Mana? Mana? Tepi ko bah, aku nda nampak... Eh, kepala apa mahu kena potong tu?
Kanak-kanak 1 : Kepala kuda!

Pakcik yang memegang kaki kerbau sangat hairan, "Hah? Kuda?" lalu memandang ke arah pakcik yang sedang memegang parang ataupun si penyembelih. Pakcik itu terpaksa menghentikan bacaan doanya. Terganggu, kerana cucunya tidak kenal kerbau. Suasana menjadi riuh seketika. Geli hati dengan gelagat kanak-kanak tadi. Selepas keadaan reda, maka terkorbanlah kerbau itu.

P/S: Semoga para jemaah haji yang sedang melakukan ibadah di sana, dikurniakan kesihatan yang baik, dan mendapat haji yang mabrur. Semoga perjalanan pulang nanti sentiasa dilindungiNya. InsyaAllah, amin.
Read more

Perangai Kita

Hari ini terasa sungguh penat. Sungguh letih.
Mungkin punca beberapa malam lalu. Tidur agak lewat dari kebiasaan.

Akibat sikap suka menangguh tugasan, akhirnya ia semakin membukit.
Terpaksa menggandakan usaha. Hanya berharap tugasan lebih cepat siap.
Kualiti hasil jatuh nombor dua.
Perangai kita.

70% sudah siap. Masih ada berbaki lagi.
Namun, tubuh perlu berehat. Hanya sebentar.
Tujuan untuk mengecas tenaga kembali.

Petang ini, suhu semakin rendah. Sejuk.
Read more

I’m back after a long pause!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera kawan-kawan...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melawat blog ku ini...
Agak lama tidak meng'update' apa-apa di sini kan...
Sebenarnya banyak cerita tapi tidak mengapa, anggap saja bercuti seketika dari berblogging...
Seperti tidak mahu pula bercerita kisah yang sudah lepas...hihi.

Ok, ini 1st entri untuk bulan Julai,
Cerita pembukaan untuk menggalakkan diri sendiri untuk lebih rajin mem'post cerita seterusnya...
Ini la dia bila sudah bergelar blogger, agak sedikit susah hati bila blog ada cerita yang lama sahaja...
Ketara sangat tidak meng'update' kan..? hehehe (Ya, saya juga menghadapi simpton yang sama...)
Walaupun cerita-cerita kosong sahaja dikongsikan, tetapi sebagai seorang blogger, bila ada update terbaru sudah boleh senyum-senyum kan? Ada yang setuju? Hehehe...
(Ini pandangan sendiri sahaja, masing-masing punya pandangan yang berbeza-beza)

Malam ni bila entry ni sudah di'post'kan, aku sudah boleh senyum-senyum.
Menunggu hari esok untuk berkongsi lagi.
Selamat malam :)


P/S: Muhasabah diri :)
Read more

Katanya...

Dulu katanya kawan-kawan,
Sekarang, jangankan kawan, rakan pun tiada!

Dulu katanya cuba memahami,
Sekarang, jangankan memahami, understand pun tiada!

Dulu katanya suka cabaran,
Sekarang, jangankan merempuh cabaran, bayangnya pun tiada!

Mudah melafaz kata,
Mudah jua mematah kata!

Mudah melafaz maaf,
Mudah jua melakukan silap!

Kan?
Read more

Itu...Ini...Salah!

Perempuan, 24tahun
Pekerjaan: Kerani Am
Gaya: Make up tebal seinci& Handbag Gucci

Si pengomen : "dui ba, setakat kerani, bergaya ja lebih. Jangan la eksen macam pegawai!"

Perempuan, 24tahun
Pekerjaan: Kerani Am
Pakaian: Berbaju kurung& bawa bakul anyaman kraftangan

Si pengomen : "Ish dia ni, kedekut betul. Apa la sangat kasi keluar duit kalau mau belajar bergaya. Up to date la sikit!"

Perempuan, 24tahun
Pekerjaan: Pegawai Atasan
Gaya: Make up tebal seinci& Handbag Gucci

Si pengomen: "dui na, mentang-mentang dia pegawai, dia fikir dia ja pandai begaya?!"
Read more

Kala Itu...

On laptop,
Tengok desktop background...
Aku bermonolog : "Hrmm, bosan! Tukar lah gambar lain!"
(padahal baru semalam tukar...hihi)

Buka folder,
Buka folder dalam folder,
Jumpa folder,
Tengok gambar,
Aku bermonolog lagi : "Mana satu aa yang smart?"...
Sambil menjeling ke sudut bawah sebelah kanan di laptop ku...
"No internet access" (sudah ku agak..hrmm..)
Tengok gambar semula... "Ok, yang ni la guna..."
Done!

Apa lagi aa mahu dibuat?...
Blurrr*

Hrmm...
Buka folder semalam punya task,
Baru sikit rupanya... Nda apa, banyak masa lagi!
Miahahaha XD
Tambah sikit lagilah...

Beberapa ketika kemudian,
Chapter pertama sudah siap! YES!!!
Mata terus ke arah jam...
Jam menunjukkan 9.15 pagi!
ADOIIII...Masih pagi rupanya!
Bagaikan sudah berjam-jam aku di sini!

Apalagi aku perlu buat ni?
Hrmmm....

Read more

M.E.N.G.E.J.A

Jom kita belajar mengeja!

Ma..Ma.. = bunyinya Mama

Ba..Pa.. = bunyinya Bapa

Wah... Pandai!!!

Bo..La.. = bunyinya Bola

Su..Su.. = bunyinya Susu

Ka..Ki.. = bunyinya Kaki

Ku..Ku.. = bunyinya Kuku

Bijaknya!!!

Da..du.. = bunyinya Dadu

A..Yam.. = bunyinya Ayam

Ku..Da.. = bunyinya Kuda

Ke..Ra.. = bunyinya MONYET

Erk...?!
Kenapa KERA, bunyi nya MONYET?
Sebab mukanya macam monyet!

Hahaha....power ranger biru baru belajar mengeja.
Sudah kenal huruf, tapi belum tahu bunyi.
Dia belajar guna gambar kemudian dia eja,
sebab tu dia tahu apa benda yang dia eja.
Kalau tiada gambar... rasanya dia tahu atau nda?
Hehehe...!!

P/S: Usaha lagi Mirul, nanti sudah pandai bukan setakat basikal, minta kereta pun mama mu bagi! hehehe! (power ranger biru = Mirul)
Read more

Tidak Suka Vs Suka

Bila Saya Tidak Suka....




Kalau saya tidak suka....
Jika saya tidak suka....
Saya akan cakap "Saya Tidak Suka!"
So, makna nya Saya Tidak Suka!
Jangan paksa-paksa,
Jangan suruh-suruh,
Jangan main-main,
sebab Saya MEMANG tidak suka!!!
Bila kamu paksa-paksa...
Kalau kamu suruh-suruh...
Jika kamu main-main...
Kelak, merana diri!!!
(terukkkkkkkkk nya diriku..hikhikhik...)

TAPI.....

Read more

April ON!!!!!!!

Yeyeh! March berakhir!!!!
April datang!!! Hehehe
Saya Suka, Saya Happy!!!
 ^________^ v

Sebenarnya kan....
Hehehe.......
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
Hish..malu pula saya taw...
Ahakkssss!!!!
Read more

Safety 1st!!!

Blog saya sedang
BERANTAKAN!!!

kekacauan sedang berlaku!

kerja membaik pulih
sedang dijalankan!

Keselamatan diutamakan!

Kerjasama diperlukan!

dan
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Saya juga
kekapisan
blogger-emoticon.blogspot.com
ketekanan
ketegangan
bila
malar
errorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
saja!
adeysh!!!!!!!

Sabar lah Hati...
blogger-emoticon.blogspot.com
Read more

Surat Untuk Genie


Dear Genie,

Thank you for coming to listen my wishes. My wishes is not like my friends wishes that you have listen before. But, I want become the Manager of Big Apple Donut&Coffee in Sabah. I choose this company because I love eating although I'm tiny (don't laughing genie...). I love snacking although I'm not hungry and very worse if I get hungry. Not only me, but we all love eating, love snacking and we all eat when we are bored. Right? hehe....

I want to open new branch of Big Apple at Papar, nearest at my home. Why? because Big Apple not open yet at there. So, if I'm a manager, I can do that. I can come and eat donut anytime I want. I know you laughing again genie. Ok genie, I'm not open in Papar only but I also open new branches around Sabah widely. So easily for me to find Big Apple anywhere I go in Sabah.

Besides that, I want to have party with my EDP friends and also with our nice teacher by end this programme soon.

Genie, can you fullfill my wishes?
or...
Genie, can you understand my broken English?hihi...

>heart<
nOorul (",)


Who's Genie? hehehe
blogger-emoticon.blogspot.com
Read more

"Sedar Diri"

Besar mana pun rumah yang kamu ada...
Luas mana pun tanah yang kamu miliki...
Cantik mana pun rupa paras yang kamu bangga kan...
Kaya mana pun harta yang kamu kumpul...
Banyak mana pun kebanggaan yang kamu sanjung-sanjungkan...
Tinggi mana pun ilmu yang kamu perolehi...

tapi kamu perlu tahu bahawa
ada lagi orang yang mempunyai
YANG LEBIH besar,
YANG LEBIH luas,
YANG LEBIH cantik,
YANG LEBIH kaya,
YANG LEBIH banyak,
YANG LEBIH tinggi...
daripada yang kamu miliki......

Apa yang penting, mereka SEDAR DIRI dengan apa yang mereka miliki..
tanpa ada rasa bangga, tanpa ada rasa riak, tanpa ada rasa takbur...
kerana mereka tahu...
Semua itu hanyalah sementara...
Pemilik semua ini adalah ALLAH SWT.

notahati: jangan memandang rendah pada orang lain kerana orang lain itu memiliki kelebihan yang tersembunyi....

>heart<
nOorul
Read more

Orang February

Hehehe...
Entry ini utk orang-orang yang lahir pada bulan February...
Saya tidak termasuk pada orang-orang berperangai seperti di bawah ini...
tapi "orang tu" sila baca!!! hehehe
· Berfikiran abstrak
· Suka benda yang reality dan abstrak
· Inteligent,
bijak dan genius
blogger-emoticon.blogspot.com(masuk sekolah berasrama penuh ba dia...hehe)
· Berpersonality yang mudah berubah (mudah berubah..macam mana tu aa...?)
· Mudah menawan orang lain (aiseyyyyyyyyy!!!.neeeeeeeyyyyyy..)
· Agak pendiam, pemalu dan rendah diri (pendiam dan pemalu la sangattttt..hahaha)
· Jujur dan setia pada segalanya (fuyOooooo....wahahahahahahaha...)
· Keras hati untuk mencapai matlamat (mmmmmmm.....)

· Tidak suka dikongkong
· Mudah memberontak apabila dikongkong (TOLAK MARKAH!!!)
· Suka kegiatan lasak (main bola tu kira lasak ka? hahaha)
· Emosi yang mudah terluka dan sangat sensitif (memangggggggggggggg pOooonnnnnn hehehe!!)
· Mudah mempamerkan marahnya (yakah?? tapi dia ckp..selalu simpannnn...ish...)
· Tidak suka benda yang remeh-remeh

· Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
· Sangat berani dan suka memberonta
k(memberontakkkkk?blogger-emoticon.blogspot.com tolak markah la...miahaha XD)
· Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan
· Ada harapan untuk merealisasikan impiannya (ada harapan aaaa...aisey, just wait n see la, hihi)
· Daya pemerhatian yang tajam (mesti dia bangga ngan mata dia tu...bweeekkkkk =p)

· Suka hiburan dan sukan (hah, ni baru betul...hehe)
blogger-emoticon.blogspot.com
· Suka benda yang bersifat seni (betul3...sangat seni...chey!!!)
· Sangat romantik
blogger-emoticon.blogspot.compada dalaman tetapi tidak pada luaran (wakakaka..."orang tu" sila mengaku!!)
· Berkecenderungan pada benda yang tahyul (laaa..patut lah penakut! hahaha)
· Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

· Belajar untuk mempamerkan emosi
. Tidak tahan sejuk....yang ini saya yang pandai2 tambah..hahaha..tapi memang betOl pOoon!!heheblogger-emoticon.blogspot.com

Tulisan color biru tu..hasil kajian Dr. Fadzilah Kamsah...
Tulisan color hijau ngan merah tu..hasil kajian saya...yang belum ada title doktor..hehe!

>heart<
nOorul (",)
blogger-emoticon.blogspot.com ingat perangai ini kena ubah!!!
Read more

Suka dan Tidak Suka (kategori benci?)

Suka dan tidak suka memang sudah menjadi sifat kepada manusia. Sesiapa sahaja memilikinya. Orang kata (tak tahulah orang dulu-dulu atau orang zaman sekarang) bila kita tidak suka, ia akan bertukar menjadi suka. Dan bila kita suka, ia akan bertukar menjadi tidak suka. Betulkah? Benarkah? Ehm, mungkin utk beberapa perkara ada betulnya.

Dan sekarang saya juga menanti sangat itu, saat diberi peluang untuk suka menyukai. Hahaha...funny!!! Sebabnya, dari dulu sampailah sekarang saya amat tidak menyukai kucing..(sangat-sangat tidak suka binatang berbulu) KUCING! KUCING! KUCING! Lagi-lagi warga kucing dirumah saya kini semakin bertambah. Aduh, sangat-sangat tension. Ni la dia ahli-ahli baru rumah kami...(sebenarnya ada lagi ahli-ahli lain, tapi disebabkan tidak mempunyai minat utk mengambar mereka, lebih baik dibiarkan sahaja...hahaha)


Kenapa perlu ada kucing sedangkan saya tidak menyukainya? Sebab, anak-anak buah saya sukakan kucing! Okey, saya mengalah. Bagi peluang ngan budak-budak. Tapi ka
lau namanya nak memeluk, nak memegang saya tidak mahu, apatah lagi menyentuhnya, membelainya, CONFIRM TIDAK!!! Huhh, sungguh tidak suka biarpun mereka comel (itu saya tidak nafikan). Oh no! Bau nya juga menjadi masalah. Apa perlu saya buat, kucing amat merimaskan diriku?! Tapi sangat dekat dengan diriku! Sangat-sangat dekat kerana hampir semua ahli keluarga saya menyukai kucing KECUALI SAYA!!! Hahaha... Kawan-kawan pun suka kucing, bukan kawan pun suka kucing, orang tua suka kucing, orang muda pun suka kucing... Anyone can tell me, kenapa, bagaimana, mengapa, macam mana kamu semua suka kucing...?mandikan kucing, bagi makan kucing, peluk kucing, sayang kucing dan tidur bersama kucing...oh tidak terjadi pada diriku. Maafkan saya kucing!

>heart<
noOrul (",)
Read more

Jangan Berani Berjanji Jika Takut untuk Mengotakannya.


Janji...
Janji...dan..
Janji...

Amat sangat besar, dan amat sangat berat maksudnya...
Sesiapa sahaja boleh berjanji...tapi bolehkah janji itu dikotakan?
Sudah menjadi sifatnya kepada janji...perlu dikotakan, perlu ditunaikan, perlu dipenuhi, perlu dilaksanakan..(ada apa2 yang perlu lagi...?hehe)...
Oh tidak..."perlu" bukan perkataan yang sesuai...
WAJIB dikotakan, WAJIB ditunaikan, WAJIB dipenuhi, WAJIB dilaksanakan....
Ada sesiapa mahu berjanji lagi?

Janji...apabila sudah diungkapkan, wajiblah dikotakan... Sama ada berat atau ringan, besar atau kecil, tetap juga wajib ditunaikan... Kalau tahu tidak mampu untuk dikotakan, kenapa berani
berjanji apa awalnya...? Kalau sudah tahu api sifatnya panas, kenapa bermain dengan api...?

Sebagai manusia, apabila janji tidak ditunaikan, boleh dikatakan sebagai penipu... Mahukah kita dalam golongan tersebut? Jika tidak, jangan berani berjanji.... Lebih baik berdiam diri daripada terus berkata-kata utk perkara yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Tidak ada siapa yang teraniaya dan tidak ada siapa yang berdusta.

>heart<
noOrul (",)
Read more
 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine