Memaparkan catatan dengan label dari diri aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dari diri aku. Papar semua catatan

Don't be jealous!

Andai perasaan cemburu ini boleh membinasakan diriku,
Aku memohon padaMu Ya Allah, ampuni diriku, jauhi aku dari perasaan ini...
Menebal sesalku bila cemburu ini mula menguasai diriku.


Andai perasaan cemburu ini membawa kebaikan padaku,
Memberi aku kekuatan untuk lebih positif,
Izinkan aku menawan cemburu ini..
Read more

Katanya...

Dulu katanya kawan-kawan,
Sekarang, jangankan kawan, rakan pun tiada!

Dulu katanya cuba memahami,
Sekarang, jangankan memahami, understand pun tiada!

Dulu katanya suka cabaran,
Sekarang, jangankan merempuh cabaran, bayangnya pun tiada!

Mudah melafaz kata,
Mudah jua mematah kata!

Mudah melafaz maaf,
Mudah jua melakukan silap!

Kan?
Read more

Kembali Ke Asal

Kawasan itu,
adanya pokok mangga...
adanya pokok rambutan...
adanya pokok jambu...
Meriah, bila sampai musimnya!

Kawasan itu,
adanya pokok-pokok hijau...
adanya sawah padi...
adanya reban ayam...
Sioknya, bila ada kenduri semua berkumpul!

Hanya menggamit kenangan lama dikampung ini...

Read more

Mahu atau Tidak!

Yang sering diimpikan,
Yang sering diangankan,
Jarang-jarang tercapai...

Yang tidak mahu diingini
Yang tidak mahu dikehendaki,
Selalu-selalu diperolehi...
Kan??

Ramai orang kata,
"Jangan kata 'tidak', nanti itu juga yang dapat!"

Ya, aku sedikit ter'psiko' dengan kata-kata ini.
Betulkah? Benarkah?
Hrmmm!!!
Ada betulnya, ada benarnya...
Pernah berlaku depan mata,
Pernah dengar orang cerita..
dan sering kali terjadi!

Aku pernah berkata,
"tidak mahu macam tu..."
"tidak mahu macam ni..."
"mahu yang macam ni..."
"mahu yang macam tu..."
Erk, cerewet sungguh!

Aku tidak mahu itu yang terjadi...
Tengok, aku berkata "tidak mahu" lagi...

Macam mana nih?!!!

P/S: Kadang-kadang untuk mencari yang terbaik cerewet itu penting!
Read more

Suka, Sayang, dan Cinta

Saat dia menangis,
Suka : Kamu akan berkata "sudahlah, jangan menangis.."
Sayang : Kamu akan menangis bersamanya.
Cinta : Kamu akan membiarkannya menangis dipangkuanmu sambil berkata:
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama"

Saat kamu melihatnya,
Suka : Kamu akan berkata: "Ia sangat tampan!" atau "Dia sangat cantik dan menawan."
Sayang :Kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.
Cinta : Kamu akan berkata: "Buatku dia adalah anugerah terindah yg pernah Tuhan berikan padaku..."


Read more

Pusing-pusing...

Pernah dulu aku berkata,
"Lenyapkan segala tentangnya dari hidupku!"
Fuh, cukup angkuh bunyinya kan...

Hari ini,
Geli hati mengingatnya kembali.
Kerana kelmarin,
Gurauan dengan salah seorang kawan di "pejabat" (akan menjadi pejabat untuknya tidak lama lagi...hihi),
buat aku teringat kisah lampau!
Macam lah lampau sangat.hehehe..
Ditegaskan di sini,
Aku hanya teringat, bukan merindui! (Dua perkara yang berbeza!)
Betul kata kawanku, "Ini semua kenangan..."
Aku hanya tersenyum...
dan aku akui...
"Ya, ini semua kenangan!"
Read more

::Sujud^Syukur^Senyum::

Kadangkala hidup tidak seindah yang di jangka,
Tidak mampu menerima segala yang menimpa,
Tapi apa kan daya jika itulah ketentuanNYA,
Sedarkan aku dengan syahadah bila aku terlupa...

Keindahan itu tidak mudah untuk didapati,
Jangan di kejar, jangan di cari,
Mudahkan diri dengan apa yang diberi,
Sujud dan Syukur pada mu ILAHI...

Cukup banyak sudah ku lalui,
Caci dan keji seakan makanan setiap hari,
Aku yakin suatu hari nanti,
Ianya akan hadir jua untuk menyokong diri ini.....

Biar hati tercalar dipenuhi duka,
Bibir tetap terlukis senyuman penuh makna,
Janji ku akan menghadapi semua dugaan yang menimpa,
INSYALLAH kemanisan itu pasti akan kunjung tiba akhirnya....

Dengan kegilaan dunia masa kini yang dipenuhi parasit-parasit perosak,
yang mengaku sahabat,
menghulur tangan dalam gelap,
mengintai peluang dalam sesak,
dan kepada mereka-mereka yang berselindung di sebalik topeng kebenaran ....
Aku hadiahkan senyuman kepada mereka agar aku tidak mati dalam peperangan ....

By=tulisan X penablogger-emoticon.blogspot.com

Read more
 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine