
Itulah namanya kehidupan. Tidak semuanya indah. Qada dan qadar sudah ditentukan. Sebanyak mana pun usaha kita, jika sudah tertulis ia bukan milik kita, maka tetap juga bukan. Hidup kita dipenuhi dengan keinginan, penuh dengan angan-angan, penuh dengan cita-cita apatah lagi harapan. Kita merancang pelbagai impian, kita merencana pelbagai keinginan tapi yang menentukan hanya Dia... Kadang-kadang kita rasa kehidupan ini tidak adil apabila kita perlu kecewa...bukan sekali tapi berkali-kali untuk berasa kecewa...kenapa diri kita yang perlu rasa kecewa, bukan orang lain...? Kenapa dan kenapa...? Tidak elok mempersoalkan ketentuan Tuhan, kerana kita umatNya yang memang layak untuk diuji.
Jadi, jika sesuatu yang kita usahakan tidak dapat kita perolehi, untuk apa kita bersedih? Tidak semua kegagalan itu akan menghancurkan kita. Kegagalan itulah yang sepatutnya kita memiliki (bkn berusaha utk gagal ye...) Sebenarnya bila sesuatu yang kita harapkan, kita usahakan, sangat mudah untuk kita perolehi, kita akan menjadi mudah alpa. Lupa akan kesusahan. Dimana ertinya keindahan kehidupan jika semuanya tahu senang?. Apa sahaja milik kita, sama ada duit, jawatan, rumah, kekayaan, seandainya semua itu milik kita, pasti Allah akan beri. Tetapi seandainya semua itu bukan milik kita, , walaupun bukit ditarah, dihempas lautan badai, nyaris digenggaman kita, kita tetap tidak akan memilikinya kerana Allah telah menyediakan sesuatu yang terbaik utk kita.
Oleh itu, jangan bersedih untuk apa yang bukan milik kita....
>heart<
nOorul(",)
2 comments:
entry yg menarik..semoga kesedihan itu akan diganti dgn kegembiraan satu hari nnt..insyaAllah
TQ Helena....
Setiap kesusahan pasti ada kesenangan..Itu janji Allah...
=) senyum selalu...
Catat Ulasan