Rutin Baru

Lewat petang ini....
Lama tidak update...
Alhamdulillah, mendapat khabar baik tadi...
Usaha selama sebulan akhirnya berbayar jua.

Rupanya sudah sebulan melalui rutin baru ini.
Sebulan? (dalam kiraan sebenar sudah sebulan seminggu).
Hrmmmmmm... Bukan aku mengeluh (mungkin juga aku memang mengeluh),
bila teringat rutin baru ni, buat aku berfikir panjang...

Rutin kali ni agak mencabar. Semua berlaku di luar dugaan.
Awal² rutin, memang agak sesak saluran pernafasan. Seperti ada yang menyekat.
Bila hendak menghembus nafas, bunyinya seperti lebih mengeluh.
Ehm, jujurnya, ya aku agak tekanan kali ini. Terus terang, aku hampir sahaja berputus asa.
Hendak sahaja aku menamatkan rutin ini, tapi belum ada lagi jalan untuk menjadi alasan kukuhku meninggalkannya.

Bertahankah aku?
Hrmmm... hrmm... hrmm...
Tidak mengapa...lalui sajalah pada waktu ni..
nanti cukup masa, punya alasan kukuh,
rutin ini akan ku berhentikan, demi rutin yang ku inginkan.

Bertahan wahai diri. Bertahan wahai hati.

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine