Dia sudah berubah!!!

Sebentar tadi,
Ku lihat ada yang menarik perhatian ku di laman sosial Facebook...
Ramai rakan laman sosial ku menukar gambar mereka...

Teringat dengan seseorang...
Aku terus melawat laman sosialnya..
Wah! Aku tersenyum sendiri melihat gambarnya...
Eh, aku bukan mengkritik tidak smart atau tidak cantik...
Bukan!
Tapi sudah lama tidak bersua dengannya...
Jujur, rindu itu bertandang! Memori itu kembali!

Ku lihat kini dia sudah berubah,
Sudah tidak seperti dulu...
Ku lihat kini dia sudah semakin matang,
Juga sudah tidak seperti dulu...
Ku lihat kini dia lebih berkeyakinan,
Sudah pasti tidak seperti dulu...

Baguslah kalau begitu kan?
Akhirnya dia membuktikan bahawa dirinya boleh berubah seperti itu,
Tidak perlu diuruskan lagi.
Tidak perlu dimanjakan lagi.
Alangkah bagusnya andai dapat bersua dengannya lagi...
Akan ku suarakan perubahan dirinya ini, pasti dia tidak mahu aku memujinya lebih-lebih...
Paling tidak pun, hanya dia menunjukkan nada perasan nya sahaja.
Aku rindu nada perasan kamu itu teman! Hahaha!

Di mana pun kamu berada, dengan siapa pun kamu kini,
Aku doakan yang terbaik untuk mu teman.
Semoga kita bersua lagi ya! :)

5 comments:

{ Zurina J. } at: 13 Julai 2011 pada 11:14 PTG berkata...

Aku ke? Kenapa aku terasa ya? Aiyaaaa...

{ Nrul Hearty } at: 13 Julai 2011 pada 11:26 PTG berkata...

Kamu?
Anda pasti?
Sila cuba sebentar lagi! hehehe! =p

{ Zurina J. } at: 13 Julai 2011 pada 11:28 PTG berkata...

Aku nda pasti, pasal tu aku bertanya... Tadi kau yang cakap rindu. Ngam lagi, aku yang tukar prof pic..Aiyaaa...

{ Nrul Hearty } at: 13 Julai 2011 pada 11:37 PTG berkata...

hahaha!
Yakinlah dengan apa yg anda rasa, itu lebih baik =)

{ Zurina J. } at: 13 Julai 2011 pada 11:40 PTG berkata...

Alamak! Aku terkene.... Huah... Ok daling, akan ku rasa & ku nikmati.. Ahaks.

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine