Alangkah baik nya kalau aku berjaya membuangkan perasaan hati,
mampu melontarkan sejauh-jauhnya emosi ini,
boleh melenyapkan semahu-mahunya isi naluri,
dapat menghapuskan segala-galanya rasa tribulasi....
sebab aku tidak mahu bersedih...
tidak mahu melihat apa terjadi...
tidak mahu mendengar bunyi simpati.....
tidak mahu memegang kata janiji.....
tidak mahu menghidu cacian keji....
agar aku boleh hidup begini,
dengan keyakinan diri,
senyuman sinis.....
tanpa sekelumit perasaan di hati
mengabaikan segala pandangan peribadi.....
namun,
mampukah aku tanpa adanya hati, tanpa adanya emosi, tanpa adanya naluri??
terlalu kontradiksi dengan peribadi.....
-sensitiviti hati, identiti diri, untuk diriku bernama Hayati-